DHC DEDAHKAN RAHSIA WAJAH BERSERI DENGAN “LIQUID GOLD”
Khasiat-khasiat minyak zaitun telah lama dipuji dan didokumentasikan sejak berabad lamanya! Orang Yunani kuno menganggap pokok zaitun adalah sesuatu yang suci. Hippocrates, seorang tabib Yunani kuno yang dikenali sebagai “Bapa Perubatan” memberi gelaran “penyembuh yang hebat” kepada minyak zaitun. Sementara itu, Homer, seorang penyair Yunani kuno pula telah memberi jolokan “liquid gold” kepada tonik yang berharga ini. Minyak zaitun juga dikenali sebagai sumber kekayaan dan kuasa yang hebat.
Sebuah syarikat yang berinovasi tinggi dan jenama penjagaan kulit yang utama di Jepun, DHC telah menyatukan kecanggihan sains masa kini dengan ilmu botani tradisional dalam pencariannya untuk menrevolusikan produk penjagaan kulit moden sejak lebih daripada 40 tahun lalu. Hari ini, syarikat tersebut telah menawan hati pelanggan-pelanggan setia di segenap lapisan generasi dan gaya hidup di pelbagai negara di serata dunia. Dan sekarang, giliran Malaysia pula untuk tertera di dalam senarai terhormat ini, dengan ketibaan jenama DHC dan produk-produknya yang disanjungi ke pasaran Malaysia.
“Dengan berbekalkan pengalaman yang lebih lama dan kepakaran sebagai peneraju penjagaan kulit, jenama DHC bukanlah suatu jenama yang asing di Malaysia kerana terdapat ramai pelanggan di sini yang sedang menggunakan produk kami. Kami dengan senang hati mengatakan bahawa rakyat Malaysia kini akan mendapat akses yang lebih mudah dan secara langsung ke rangkaian produk berkualiti tinggi yang lebih luas dengan harga yang berpatutan, berikutan perasmian kami di Malaysia. Kami berbangga dan yakin terhadap produk kami yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang dipilih dengan teliti dan dirumuskan melalui kajian dan pembangunan serta teknologi yang maju di makmal kami di Jepun. Kami merasa tidak sabar untuk memperkenalkan tahap dan falsafah penjagaan kulit yang baharu kepada para pengguna di sini. Pesanan kami adalah ringkas dan jelas seperti produk kami – DHC telah tiba di Malaysia, dan kami berhasrat untuk mengkagumkan anda semua!” kata Mr. Gary Gauntt, Pengarah Eksekutif, DHC.
Pertalian DHC kepada produk penjagaan kulit berkualiti dengan menggunakan minyak zaitun berkualiti bermula pada lewat tahun 1970-an, apabila Ketua Pegawai Eksekutif DHC, En. Yoshiaki Yoshida melawat Sepanyol. Beliau terpegun dengan sebuah keluarga Sepanyol yang merupakan pengusaha minyak zaitun yang menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi sejak lebih daripada 200 tahun lalu. En. Yoshida merasa amat kagum dengan kualiti minyak zaitun tersebut, lantas beliau merumuskan idea untuk menghasilkan satu rangkaian penjagaan kulit yang menggunapakai teknologi Jepun terkini untuk memanfaatkan khasiat bersama minyak zaitun tulen yang diekstrak daripada buah zaitun organik, dengan ramuan berkualiti lain yang berasal dari alam semula jadi.
Idea yang berwawasan ini telah mendorong penciptaan DHC Olive Virgin Oil, satu produk kecantikan yang telah menjadi produk terlaris melebihi 40 tahun, yang sehingga hari ini masih diperbuat menggunakan 100% minyak zaitun organik perahan pertama (olive virgin oil) dengan gred tertinggi untuk melembapkan kulit walaupun dengan penggunaan setitik sahaja. Penciptaan produk yang seterusnya adalah produk ikonik dan luar biasa, DHC Deep Cleansing Oil yang menggabungkan fungsi penanggal solekan dan pembersih muka yang menampilkan kuasa minyak zaitun organik perahan pertama. Produk yang pernah memenangi anugerah ini menjadi begitu popular dengan penjualan melebihi 77 juta unit!
Kedua-dua produk teras ini digabungkan dengan dua produk DHC yang lain – DHC Mild Foaming Face Wash dan varian DHC Deep Moistening Lotion – untuk membentuk rutin penjagaan kulit “Double Cleanse, Double Moisture” yang kini dikenali ramai dan diamalkan oleh pengguna di seluruh dunia. Produk-produk ini disyorkan untuk digunakan bersama satu lagi produk yang terlaris iaitu DHC Lip cream yang digemari ramai dan terjual melebihi 120 juta unit di serata dunia, untuk menjadikannya satu regim penjagaan kulit yang benar-benar holistik.
Rutin kecantikan “Double Cleanse, Double Moisture” telah mendapat perhatian “Gadis Emas” Malaysia – pemenang pingat emas dalam sukan renang, Cindy Ong. Beliau terpikat dengan “liquid gold” DHC dan terus menjadikan produk tersebut sebahagian daripada rutin kecantikan peribadinya.
Dengan ketibaan DHC di pasaran Malaysia, para pengguna di sini boleh mendapatkan produk-produk yang ditawarkan secara langsung. Tambahan pula, DHC telah memperkenalkan lebih banyak produknya di sini baru-baru ini, antaranya termasuk DHC UV Moisture Lip Cream, DHC Revitalizing Moisture Strips, DHC Suncut Q10 Gel dan DHC Olive Virgin Oil Crystal Skin Essence.
Jadi, apa yang dinantikan lagi? Inilah masanya untuk mendapatkan “standard emas” di dalam penjagaan kulit, terima kasih kepada DHC. Orang ramai boleh mendapatkan produk DHC melalui pelbagai saluran dan titik sentuhan di seluruh negara. Ini termasuk kedai-kedai fizikal (Watsons, Play Up Beauty Store and Don Don Donki), platform digital (Hermo) dan platform e-dagang yang popular (Shopee and Lazada).
Maklumat lanjut tentang DHC dan rangkaian produknya boleh didapati di laman sesawang DHC Malaysia di https://dhcmalaysia.com/, laman Facebook https://www.facebook.com/dhcmalaysia/ dan laman Instagram https://www.instagram.com/dhcmalaysia/.
Comments
Post a Comment