ALCOSM BERI UPAH RM3000 UNTUK LAP TANGAN DALAM 30 HARI


Alcosm™, satu jenama global untuk produk pembersihan dan pembasmian kuman yang hangat dipasarkan di pasaraya serbaneka, ingin mengupah Duta Tisu Basah untuk satu tugasan yang cukup mudah -- makan dan lap tangan menggunakan tisu basah beralkohol Alcosm™ untuk 30 hari dan akan dibayar RM3,000 sebagai upah. 

Perlaksaan kempen ini bertujuan untuk menguji keberkesanan tisu basah beralkohol Alcosm™ terhadap semua jenis makanan berminyak, dan kemudian diterapkan dalam kegunaan harian demi kebersihan dan kesejahteraan diri secara umum. 

Ketika dunia sedang bergelut memerangi wabak COVID-19, penggunaan produk sanitasi seperti tisu basah beralkohol telah menjadi suatu keperluan yang utuh di seluruh pelusuk dunia kerana keberkesanannya dalam membasmi kuman dan virus. 

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), produk dengan kepekatan alkohol sebanyak 60% hingga 80% mampu membasmi 99.9% virus. Penilaian saintifik turut menunjukkan bahawa fungsi alkohol, selain daripada pembasmian kuman, juga ialah agen pembersihan dan penyingkiran semua jenis kotoran minyak yang efektif. 

Oleh sedemikian, Tisu Basah Beralkohol Alcosm™ dengan 75% kepekatan alkohol, yang turut disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia awal tahun lalu, sesuai digunakan harian untuk menjaga kebersihan diri secara menyeluruh serta menghindari jangkitan berjangkit seperti Covid-19. Dalam misi untuk mempertingkatkan asas kebersihan diri di kalangan rakyat Malaysia, syarikat Alcosm™ melancarkan kempen ini berfokuskan pada kebersihan tangan (pembersihan sebelum dan selepas makan). 

Kita sedia tahu bahawa tangan merupakan salah satu pengantaraan badan dan kuman di sekitar. "Di Negara China, penggunaan tisu basah beralkohol sebelum dan selepas makan sangat popular selepas pandemik Covid-19. Kebanyakan restoran akan menyediakan tisu basah beralkohol kepada pelanggan mereka untuk menggalakkan penjagaan kebersihan yang lebih berkesan," kata ZiKang Tai, pengasas Alcosm™. 

"Melalui Alcosm™, kami ingin membawa perubahan positif dalam kualiti kebersihan diri dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dengan setiap helaian yang digunakan." Penggunaan tisu basah beralkohol yang mudah dan berkesan amat relevan dengan cara hidup rakyat Malaysia. "Tidak kira makanan segera, nasi daun pisang atau keropok lekor, kita rakyat Malaysia sudah biasa menjamu selera dengan menggunakan tangan. Namun begitu, kita tidak selalu mempunyai akses pada air dan sabun untuk pembersihan tangan, terutamanya apabila makan di luar. Dengan tisu basah beralkohol kami, kebersihan tangan tidak lagi menjadi isu atau persoalan," tambah Tai. Permohonan untuk menjadi Duta Tisu Basah Alcosm™ amat mudah, dan terbuka kepada sesiapa yang cenderung dalam laman media sosial dan mempunyai Tisu Basah Alcosm™ 75%. 


Permohonan boleh dibuat di laman web Alcosm™ https://www.alcosm.com.my/, sepanjang tempoh 24 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Turut bersama dalam kempen ini ialah platform e-dagang seperti Shopee dan Easi Delivery di mana 40,000 paket tisu basah beralkohol Alcosm™ akan diberikan secara percuma kepada individu yang membeli barangan runcit atau memesan penghantaran makanan dari platform e-dagang tersebut

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI