KOLABORASI CANON & AWAM PERJUANG KESAMARATAAN JANTINA

 

Sempena Hari Wanita Sedunia 2021 (“IWD”) dengan tema “#ChooseToChallenge”, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) berbesar hati untuk bekerjasama dengan Persatuan All Women’s Action (AWAM) untuk melancarkan kempen #CanonChoosetoChallenge dari 1 Mac hingga 20 Mac 2021 bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesamarataan jantina di tempat kerja. Sebuah forum akan diadakan pada 20 Mac 2021 pada jam 2.30 petang melalui Facebook Live di mana orang ramai boleh berkongsi tentang isu-isu ketaksamaan jantina di Malaysia dan bagaimana kita boleh bersatu untuk mencapai keinklusifan di tempat kerja. Dapatkan pautan ke forum tersebut melalui laman Facebook Canon dan AWAM. 

Selain daripada forum, pelbagai aktiviti termasuk kandungan berunsur pendidikan mengenai jurang jantina di Malaysia, kisah-kisah penuh inspirasi dari wirawati yang tidak didendang dan seruan untuk menyumbang kepada AWAM telah dirancang sepanjang bulan IWD.

Ahli-ahli panel terhormat dalam forum tersebut termasuklah Julia Cheah – Pengarah Sumber Manusia dan Hal Ehwal Am dari Canon Marketing Malaysia, Anne Abraham – Pengerusi dari LeadWomen, dan Dr Shanthi Thambiah – Profesor Madya Kajian Jantina dari Universiti Malaya. Barisan pejuang dan pakar ini telah disatukan untuk mendalami isu status pekerjaan wanita yang telah terganggu akibat wabak COVID-19, dan akan mencadangkan serta menyarankan langkah-langkah tindakan untuk menguruskan situasi tersebut. Orang ramai juga digalakkan untuk mengambil bahagian dan menyalurkan sumbangan ke laman SimplyGiving milik AWAM, di mana dana-dana tersebut akan disalurkan ke TELENITA Helpline, Sexual Harassment Awareness, Redress & Prevention (SHARP) Program oleh AWAM serta keseluruhan aktiviti dan operasi organisasi tersebut.

“Wabak Coronavirus telah menjejaskan status pekerjaan di Malaysia, terutamanya sektor wanita. Wanita terhalang daripada menyertai semua sektor pekerjaan secara adil kerana peranan umum wanita sebagai penjaga. Majikan lebih cenderung untuk mengekalkan tenaga kerja lelaki, terutamanya untuk kerja yang banyak menggunakan tenaga,” kata Tan Chia Ee, Pegawai Maklumat dan Komunikasi dari AWAM. “Kami gembira bekerjasama dengan Canon untuk menganjurkan forum ini yang akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai status semasa ketaksamaan jantina di tempat kerja di Malaysia. Forum ini juga akan menunjukkan bagaimana Canon telah mengamalkan keinklusifan dan pemerkasaan wanita, yang amat penting untuk pembangunan perniagaan yang mampan,” tambah Tan.

Kepelbagaian adalah ciri utama dalam sesebuah organisasi yang berfungsi dengan baik dan merupakan petanda yang penting untuk tadbir urus yang baik. Pada 2019, sebuah kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menunjukkan bahawa syarikat-syarikat dengan 30% atau lebih wanita menyumbang kepada kenaikan sebanyak 8% jumlah pulangan ke atas aset-aset syarikat tersebut.

“Perhatian yang seimbang perlu diberikan kepada penyertaan wanita dalam pengurusan kanan di Canon kerana kami percaya dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang meraikan kesamarataan jantina dan keinklusifan, di mana setiap hak kakitangan dihormati,” kata Julia Cheah, Pengarah Sumber Manusia dan Hal Ehwal Am di Canon Marketing Malaysia. “Berdasarkan falsafah korporat kami iaitu kyosei, kami akan terus menjalankan usaha yang bersepadu untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang menggalakkan tabiat saling menghormati dalam kalangan tenaga kerja kami yang terdiri daripada pelbagai dan budaya,” tambah Cheah.

Susulan forum tersebut, Canon telah memilih 3 orang wirawati yang tidak didendang untuk berkongsi pengalaman hidup mereka #ChooseToChallenge – Serena Lee, Pengasas Sign for Malaysia; Ruziana Binti Mohamad, Ahli Bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat di Nilai; dan Sister Mathina Bee Gulam Mydin yang telah mendedikasikan hidupnya untuk kerja-kerja kemanusiaan sejak 3 dekad lalu. Kesemua kisah yang penuh inspirasi ini telah dipaparkan di platform media sosial Canon. Dari 13 Mac hingga 20 Mac, tag dan ceritakan tentang wanita yang telah memilih untuk mencabar di ruangan komen di hantaran Hari Wanita Sedunia Canon. 20 kisah terpilih akan menerima sebuah beg tote kanvas Canon.

Maklumat terkini mengenai forum dan pautan ke Facebook Live akan disediakan di laman Facebook AWAM Malaysia dan laman Facebook Canon Malaysia. Untuk mengambil bahagian dalam perkongsian media sosial #CanonChoosetoChallenge, sila layari laman Facebook dan Instagram Canon untuk terma dan syarat lengkap.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI