MALAYSIA WOMEN MARATHON KEMBALI SECARA MAYA TAHUN INI

 

Sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini memberi motivasi yang anda perlukan untuk kekal aktif di kala pandemik COVID-19 sedang melanda dunia. MCIS LIFE Malaysia Women Marathon (MWM) kekal dengan acara tahunan mereka dengan sedikit pendekatan yang berbeza di mana acara ini dilaksanakan secara maya atau “virtual” tahun ini.

Pihak Tourism Selangor meneruskan sokongan penuh terhadap acara MWM seperti tahun-tahun sebelumnya kerana potensi yang terdapat pada acara maraton tahunan ini untuk menarik pelancong ke Negeri Selangor walaupun kini dijalankan secara maya.


Masih menitik-beratkan penjarakan sosial dan SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam menangani wabak COVID-19, acara ini dijangka menarik minat lebih 2,000 pelari, ahli sukan basikal dan orang awam yang akan berentap menggunakan teknologi mudah-alih untuk merekod jarak dan masa yang diambil oleh setiap peserta. Justeru, para peserta boleh berlari di dalam atau luar rumah mereka serta berbasikal dengan mengekalkan jarak sosial, dan hanya perlu menghantar rekod masa mereka kepada pihak penganjur dalam tempoh acara ini berlangsung.

Acara MWM yang sudah masuk tahun kesembilan penganjuran ini dirasmikan melalu landasan media sosial Facebook dan YouTube sambil mengetengahkan tokoh wanita dari pelbagai industri tempatan seperti Elvira Arul, penyanyi balada tersohor dan Vanidah Imran, selebriti dan pelakon popular Malaysia.

“Acara kami mempunyai sejarah dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pembangunan wanita dan isu-isu semasa yang berkait dengan kaum hawa. Kami tidak mahu menolak peluang untuk menyambut Hari Wanita Sedunia tahun ini yang membawa tema #ChooseToChallenge secara positif.”

“Sebagai satu-satunya acara maraton wanita di Asia Tenggara, tahun ini merupakan tahun pertama kami membuat larian dan berbasikal secara virtual. Dengan ini, saya mengajak semua orang sama ada wanita, lelaki atau remaja di atas umur 15 tahun untuk mengikuti kami dalam acara yang akan dijalankan selama sebulan untuk kekal sihat dan aktif sambil mengambil berat tentang SOP” tambah Karen Loh, pengasas MWM.

Tahun ini menyaksikan pilihan jarak larian MCIS Life MWM yang lebih pelbagai seperti berikut:
  • Masa untuk menghabiskan larian adalah sebulan: 8 Mac - 8 April 2021
  • Empat pilihan jarak untuk pelari: 50km, 100km, 150 km or 250km yang boleh dihabiskan secara berperingkat selama sebulan
  • Penyerta berbasikal perlu berbasikal sejauh 400km
  • Kategori elit ada disediakan untuk pelari yang ingin mencuba larian separa maraton atau larian maraton penuh
Salah satu tradisi setiap tahun ialah MWM bukan sahaja sebuah acara larian, tetapi ianya juga telah menganjurkan pelbagai pertandingan, membuka peluang kepada para peserta untuk menderma terhadap kebajikan komuniti, serta turut menjalankan program sembang maya tentang isu semasa di laman Facebook rasmi MWM sebelum hari acara maraton berlangsung.

Pada tahun ini, penganjur akan menjayakan siri perbincangan dengan ahli panel yang terdiri dari pakar kesihatan yang akan ke udara di laman media sosial MWM dari masa ke masa untuk berkongsi tips nutrisi dan senaman sihat.

Pihak penganjur juga akan berkerjasama dengan pihak Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri untuk mengetengahkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sekitar Negeri Selangor sambil melakukan aktivi larian atau berbasikal dengan tanda pagar #NakBerlariPusingSelangorDulu. Inisiatif ini diambil bagi memperkasa Kempen Pelancongan Domestik Tourism Selangor; “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang telah dilancarkan Disember lalu.

Adalah menjadi harapan Tourism Selangor, walau para peserta menyertai acara larian tahun ini di lokasi masing-masing; mereka akan menjayakannya sambal mengambil inspirasi untuk melakukan aktiviti larian dan berbasikal di tempat-tempat riadah yang terdapat di sekitar Negeri Selangor contonhya seperti di tarikan terbaharu, Elmina Central Park, Shah Alam atau di Taman Tasik Shah Alam, mengikut kepada SOP semasa Negara.

Untuk lebih terinspirasi, tonton video promosi pelancongan terbaharu Tourism Selangor dalam resolusi 4K yang menampilkan pengalaman menarik Duta Kempen Pusing Selangor Dulu; Che Puan Juliana Evans 


Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel untuk maklumat lanjut.

Feature photo by: Fitness photo created by wayhomestudio - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA