TRUECALLER BANTU TANGANI ISU GANGGUAN SEKSUAL


Lebih satu pertiga wanita di Malaysia pernah mengalami gangguan seksual dan ia kini lebih membimbangkan berikutan kenaikan kes sedemikian semasa wabak ini. 

Menurut statistik daripada Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), terdapat 162 aduan mengenai gangguan seksual pada 2020, kenaikan mendadak sebanyak 218% daripada jumlah keseluruhannya dari tahun 2017 hingga 2019.1 Daripada kes-kes gangguan seksual yang dilaporkan, kebanyakannya memberitahu kawan (54%) atau ahli keluarga (51%), berbanding melaporkan kepada pihak polis (15%).2 Sehingga kini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk gangguan seksual, seterusnya mengakibatkan banyak kes tidak dilaporkan kerana orang ramai tidak pasti sekiranya mereka akan mendapat keadilan, atau tidak sanggup meluangkan masa dan wang untuk mendapatkan pembelaan di bawah undang-undang sedia ada.

Sehubungan itu, Truecaller, aplikasi ID Pemanggil dan penghalang spam dari Sweden, telah melancarkan kempen tahunan anti gangguan seksual - #ItsNotOk – di Malaysia, bersempena bulan Wanita Sedunia. Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan mangsa melaporkan tentang gangguan seksual, terutamanya yang berlaku melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas.

Sebagai barisan pertahanan yang pertama, Truecaller menawarkan ciri ID pemanggil yang mengenal pasti nombor yang tidak dikenali dari individu atau syarikat sebelum pengguna menerima panggilan tersebut. Pengguna akan dapat melihat identiti sebenar setiap panggilan tidak kira di mana mereka berada, sama ada panggilan tersebut adalah daripada talian darat, mudah alih atau prabayar. 

Selain itu, ciri penghalang spam pada aplikasi ini juga melindungi pengguna daripada panggilan dan SMS yang tidak diingini. Mangsa gangguan seksual boleh memanfaatkan gabungan ciri-ciri ini untuk menghalang individu yang mengganggu mereka melalui telefon. Aplikasi ini juga mempunyai aspek komuniti yang unik untuk melaporkan nombor dalam masa sebenar bagi melindungi pengguna-pengguna Truecaller lain. Mereka yang memerlukan bantuan lanjut untuk menangani insiden gangguan seksual boleh menghubungi AWAM yang menyediakan khidmat kaunseling dan penasihatan undang-undang secara percuma.

“Truecaller menjalankan kempen #ItsNotOk setiap tahun di seluruh dunia, dan pada tahun 2021, kami telah memutuskan untuk turut menjalankannya di Malaysia bagi meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang berleluasa ini. Truecaller membantu orang ramai untuk lebih memahami tentang siapa yang sedang cuba menghubungi mereka, dan kami gigih berusaha untuk menghasilkan perkhidmatan percuma yang membantu mereka mencegah komunikasi yang tidak diingini. Kami percaya bahawa semua orang, sama ada lelaki atau wanita, perlu menentang gangguan seksual dan berusaha untuk menjadikan komunikasi lebih selamat dan berkesan,” kata Lindsey LaMont, Pengarah Pemasaran Jenama di Truecaller. 

“Usaha sama dengan AWAM melalui kempen ini akan menggalakkan mangsa gangguan seksual untuk bersuara dan tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dari segi kaunseling dan tindakan undang-undang,” kata Lindsey.

Truecaller yang dilancarkan pada tahun 2009 telah membantu agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah dan menyelamatkan nyawa di seluruh dunia. Dalam satu kes, aplikasi ini telah membantu seorang ibu di Nigeria mengenal pasti penculik anak perempuannya, seterusnya berhasil menyelamatkan anak beliau. Kempen #ItsNotOk yang pertama bermula di India, dan telah berkembang di 7 buah negara termasuk Malaysia, Brazil, Colombia, Mesir, Kenya dan Indonesia.

“Sekiranya anda pernah mengalami gangguan seksual dan memerlukan bantuan, AWAM sedia membantu anda menyuarakan tentang kejadian tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa,” kata Nisha Sabanayagam, Pengurus Program dan Operasi di AWAM. “Anda tidak perlu menghadapinya seorang diri. Diganggu secara seksual adalah pengalaman yang boleh membawa trauma. Walaupun anda hanya mahu seseorang untuk mendengar, kami di sini sedia untuk memberi sokongan kepada anda,” kata Nisha. Muat turun Truecaller secara percuma untuk terus melindungi diri anda dan orang tersayang. Ia boleh didapati di Google Play dan Apple App Store. Jika anda memerlukan sokongan profesional, sila hubungi talian bantuan Telenita AWAM di 016 237 4221 atau melalui e-mel di telenita@awam.org.my.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM