DISKAUN 10% UNTUK PETUGAS KESIHATAN DI THE FOOD PURVEYOR


The Food Purveyor (TFP), salah satu kumpulan pasar raya premium yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan potongan 10 peratus barangan runcit kepada petugas kesihatan dari setiap hari Ahad kepada setiap hari bermula 26 Mac 2021. Diskaun ini diberikan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus menangani pengesanan dan rawatan terhadap COVID-19 serta melaksanakan program rawatan vaksinasi untuk negara.

Potongan harga ini yang telah ditawarkan setiap hari Ahad sejak 18 Januari 2021 telah memanfaatkan lebih dari 1500 pelanggan. Dengan menawarkan potongan harga setiap hari, TFP berharap lebih ramai petugas kesihatan akan mendapat manfaat dari initiatif ini. Sebelum ini, TFP juga pernah menawarkan potongan harga pada PKP/PKPB pertama antara 5 April 2020 hingga 24 Mei 2020.

Petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, ahli farmasi, dan kakitangan perubatan dari hospital dan klinik layak menerima potongan harga untuk pembelian yang dibuat di semua pasaraya Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), BSC Fine Foods, dan Pasaraya OTK dengan menunjukkan dokumen identifikasi pekerjaan mereka di kaunter pembayaran*.

“Sudah genap satu tahun sejak tindakan penutupan dan penyekatan pertama dilaksanakan negara kita dan petugas kesihatan telah bekerja tanpa lelah untuk menangani pengesanan dan rawatan terhadap COVID-19, dan sekarang melaksanakan program vaksinasi. Kami sangat berterima kasih dan mengakui jasa dan usaha mereka dalam memerangi wabak yang sedang dihadapi oleh dunia. Potongan harga ini adalah tanda penghargaan kami atas usaha luar biasa mereka ”kata Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif, The Food Purveyor.

Ini adalah salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh The Food Purveyor untuk menyokong masyarakat untuk melalui masa yang mencabar sejak tahun lepas.

Sejak Mac 2020, The Food Purveyor telah menyumbang lebih dari RM200,00 barang makanan dan wang dan menjangkau lebih dari seribu individu dari komuniti rentan dan amal yang terjejas akibat wabak ini.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai potongan harga, sila lawati www.villagegrocer.com.my dan www.big.com.my

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA