SERTAILAH PASUKAN "ADVENTURE MAKERS" GENTING SKYWORLDS


Panggilan untuk seniman-seniman kreatif dan artistik! Adakah anda bersedia untuk membawa bakat artistik anda ke tahap yang lebih tinggi? Setinggi 6,000 kaki atas aras laut di Taman Tema Genting SkyWorlds!

Memang betul – taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara sedang mencari penyanyi, pemuzik, penari, pelakon dan penghibur watak berkostum untuk menyertai pasukan “Adventure Makers” sebelum pembukaannya tahun ini.

Calon-calon yang berminat dijemput untuk menghadiri satu sesi bengkel tarian khas dan taklimat uji bakat yang turut menampilkan panduan kerjaya dan persembahan beberapa jenis tarian di taman tema. Ini pastinya tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan nasihat-nasihat berguna daripada pakar industri, sambil mempelajari dengan lebih mendalam tentang dunia persembahan hiburan secara langsung yang hebat di pusat peranginan tersebut.


Jika anda mempunyai apa yang dicari dan berminat untuk menyertai pasukan Genting SkyWorlds, anda dijemput untuk menghadiri bengkel dan sesi ujibakat pada bulan Mac/April. Maklumat lanjut boleh didapati di www.rwgenting.com/auditions

Di samping itu, kami juga turut sama mencari calon-calon yang sesuai untuk jawatan pembantu taman tema, juruteknik dan kru perkhidmatan tetamu. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan kemahiran yang berkaitan, sila hantarkan permohonan anda untuk jawatan tersebut dan juga jawatan-jawatan yang lain di https://careers.rwgenting.com.

Inilah peluang keemasan anda untuk berada di barisan tersohor jenama antarabangsa dalam industri hospitaliti dan riadah hiburan bertema serta bekerja bersama Harta Intelek (Intellectual Properties/IPs) yang masyhur di persada dunia. Di samping gaji dan faedah-faedah yang menarik, termasuk penginapan dan elaun makanan, pemohon-pemohon yang berjaya akan bekerja bersama pasukan bintang-bintang antarabangsa dari lebih 10 negara.

Anda juga berpeluang untuk membawa kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi, dengan prospek untuk menyertai dan meneroka unit-unit perniagaan berkaitan dengan taman tema.

Jika anda berminat dengan kerjaya yang “tinggi melangit”, maka anda seharusnya berada di Genting SkyWorlds. Mohonlah sekarang!
 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING