REBUT PELUANG MENANGI BAUCAR BERNILAI RM1,000 DI ALAMANDA


Pelanggan di Pusat Membeli Belah Alamanda (Alamanda) berpeluang untuk memperoleh ganjaran apabila berbelanja sekurang kurangnya RM100 dari sekarang hingga 21 Mac 2021. 

Pelanggan yang berbelanja di kedai kedai F&B dan fesyen terpilih akan diberi ganjaran berupa baucar F&B apabila mereka mengambil bahagian dalam peraduan ‘Wheel of Rewards”. Hadiah yang lebih lumayan menanti para pelanggan ketika Cabutan Bertuah Mingguan dimana Baucar Membeli Belah Alamanda bernilai RM1,000 bakal ditawarkan kepada tiga pemenang setiap minggu selama tiga minggu. 

Cara penyertaan sangatlah mudah: Hanya perlu berbelanja, mengisi boring penyertaan, mendapatkan pengesahan daripada Concierge, memasukkan borang yang lengkap ke dalam bekas cabutan bertuah yang disediakan, dan seterusnya putarkan “Wheel of Rewards”. 


Penjawat awam pula layak mendapatkan borang penyertaan berganda. Pengurusan Alamanda akan membuat cabutan untuk menentukan pemenang Cabutan Bertuah setiap minggu hingga kesemua sembilan pemenang telah dikenalpasti. 

Kesemua pemenang akan diumumkan pada 25 Mac 2021. Baucar membeli belah tersebut sah digunakan sehingga 31 Jun 2021 di mana mana kedai F&B dan fesyen di Alamanda yang mengambil bahagian. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, “Dengan adanya tawaran menarik sebegini, sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli belah di Alamanda yang sentiasa menjanjikan setiap kunjungan pengalaman yang penuh ganjaran.”

Untuk info lanjut, layari:
 

Comments

Popular Posts