PUTRAJAYA HOLDINGS LANCAR KEMPEN IWD 2021


Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD), Putrajaya Holdings telah menganjurkan sidang webinar percuma bertajuk "Wanita Dalam Kepimpinan: Mencapai Kesamaan Masa Hadapan Dalam Dunia Covid-19" dengan tema `Matlamat, Perikemanusian dan Inovasi.' Sidang webinar tersebut membariskan lima ahli panel terkemuka dalam pelbagai industri dan latar belakang, yang berkongsi kejayaan mereka di sebalik kepelbagaian.

Ahli panel terbabit termasuk Datuk Dr. Hartini Zainudin, Sasibai Kimis, John-Son Oei, Siti Kamariah dan Raja Jesrina Raja Arshad. Ia contoh bagaimana wanita yang diberi kuasa mampu mengubah masyarakat di mana ahli-ahli panel membincangkan peranan yang dimainkan wanita dalam kepimpinan semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Hashimah Hashim

Panel utama merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Hashimah Hashim yang dilantik memegang jawatan berkenaan semasa kemuncak pandemik pada 16 Mac 2020. Kehadiran beliau telah memberi inspirasi kepada matlamat penganjuran webinar berkenaan memandangkan beliau merupakan individu keempat dan wanita pertama menerajui syarikat berkenaan.

Ketika dunia melaksanakan perintah berkurung, Datuk Hashimah pula mengetuai sebuah syarikat besar dengan meletakkan matlamat untuk syarikat terus kukuh mendepani pandemik, pada masa sama membantu masyarakat melalui pelbagai inisiatif.

Syarikat telah melancarkan inisiatif CSR atas nama PJH Prihatin yang menggerakan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat terjejas akibat pandemik.

Usaha tersebut membuahkan hasil antaranya, pada Mac 2020, PJH telah mengumpulkan dana sebanyak RM20,000 dalam tempoh hanya seminggu bagi menyalurkan bantuan barangan keperluan barisan hadapan. Dan pada Mei 2020 pula, PJHomes menyerahkan sumbangan lima kubikel (cubicle) untuk ujian saringan (swap test) kepada Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara.

Program PJH Prihatin diteruskan dengan usaha membantu pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terkandas di kampus meneruskan pengajian mereka.

Memasuki tahun 2021, pelbagai program telah diatur, termasuk kempen `1 Meja, 1 Kerusi' (1 Table 1 Chair), inisiatif mengumpul sumbangan awam (crowdfunding) bagi mengumpul dana RM40,000 untuk Maahad Tahfiz Al Mukmin.

Selain itu, program `Bathroom Amenities' (kemudahan bilik mandi) turut dianjurkan bagi membekalkan barangan keperluan kepada barisan hadapan yang terus berusaha memerangi pandemik.

Seperti ditegaskan oleh Datuk Hashimah, "Program tanggungjawab korporat (CSR) bukanlah satu program yang khusus, sebaliknya ia adalah apa yang kita lakukan seharian, memaksimumkan kesan positif dan meminimumkan impak negatif."

Program mengumpul dana – The Hope Branch

Susulan sidang webinar tersebut, Putrajaya Holdings telah melancarkan inisiatif sulung bagi mengumpulkan dana dengan kerjasama The Hope Branch melalui Sedunia.me. Dana dikumpul akan digunakan untuk membeli makanan dan barangan keperluan membantu keluarga B40 yang

terjejas akibat Covid-19. Inisiatif ini akan diteruskan bermula 23 Mac hingga 23 April 2021, dengan sasaran untuk mengumpul dana sebanyak RM60,000 yang akan memberi manfaat kepada 500 keluarga.

Projek KITA

Projek KITA bekerjasama dengan Putrajaya Holdings untuk membina ruang di mana budaya, komuniti, interaksi dan penyelesaian bersatu di tengah-tengah Putrajaya. Matlamatnya adalah untuk terus mencipta inovasi bagi membina sebuah bandar di mana masyarakat boleh hidup, pekerja, belajar, membangun dan bermain di tempat kediaman mereka.

Adalah menjadi matlamat syarikat untuk melihat Putrajaya muncul sebagai bandar yang dinamik dan terus membangunkan masyarakat yang hidup dalam persekitaran holistik ketika mereka membina kediaman, membangunkan keluarga dan menginovasi perniagaan.

Melalui pelbagai usaha dan inisiatif, Putrajaya Holdings akan terus memainkan peranan aktif untuk membina semula keyakinan dan ketahanan masyarakat berikutan pandemik. Untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan pelbagai program menarik pada masa akan datang, boleh ikuti perkembangan PJHomes dan Projek KITA di Facebook dan Instagram.

Feature photo by: Background photo created by freepik - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI