AGODA BERI TAWARAN HEBAT UNTUK TEMPAHAN SAAT-SAAT AKHIR



Menurut platform percutian digital Agoda.com, permintaan untuk carian perjalanan pada saat akhir untuk penginapan hotel pada hari sama dan keesokan hari telah meningkat berbanding tahun lepas. Ini telah diumumkan sempena pelancaran produk GoLocal Tonight di rantau Asia Pasifik. Mulai hari ini, pelancong yang mencari tempat penginapan untuk percutian spontan saat akhir boleh jimat lebih banyak dengan tawaran GoLocal Tonight Agoda apabila mereka membuat tempahan pada hari yang sama.

Data pencarian Agoda menunjukkan bahawa Indonesia, Malaysia dan Thailand merupakan tiga negara utama di pasaran Asia Pasifik yang menggemari pengalaman percutian tanpa persediaan awal, iaitu pencarian tempat penginapan pada hari yang sama dengan tarikh daftar masuk. Ini diikuti oleh pelancong dari Vietnam, Hong Kong, Jepun, India, Filipina, Korea Selatan dan Singapura.


“Jumlah pengguna yang memilih percutian pada saat-saat akhir semakin meningkat – ada yang membuat keputusan secara spontan untuk keluar menonton persembahan atau membuat tempahan "staycation" sekadar bersuka-suka. GoLocal Tonight menarik perhatian segmen baharu ini yang terdiri daripada pelancong berhemat. Mereka bertindak mengikut gerak hati dan sentiasa mencari harga rendah untuk memanfaatkan tawaran pada hari yang sama. Ini menghasilkan situasi menang-menang di antara rakan niaga dan pelancong,” kata Enric Casals, Pengarah Serantau, Agoda.

Ribuan hotel dan pengusaha penginapan di Asia Pasifik telah mendaftar dalam program Agoda ini untuk menawarkan diskaun tambahan sehingga 30% untuk tempahan saat akhir. Sama ada untuk percutian solo di kota, atau berkumpulan di destinasi luar bandar atau pantai, dapatkan tawaran hebat saat akhir GoLocal Tonight.Menurut platform percutian digital Agoda.com, permintaan untuk carian perjalanan pada saat akhir untuk penginapan hotel pada hari sama dan keesokan hari telah meningkat berbanding tahun lepas. Ini telah diumumkan sempena pelancaran produk GoLocal Tonight di rantau Asia Pasifik. Mulai hari ini, pelancong yang mencari tempat penginapan untuk percutian spontan saat akhir boleh jimat lebih banyak dengan tawaran GoLocal Tonight Agoda apabila mereka membuat tempahan pada hari yang sama.

Data pencarian Agoda menunjukkan bahawa Indonesia, Malaysia dan Thailand merupakan tiga negara utama di pasaran Asia Pasifik yang menggemari pengalaman percutian tanpa persediaan awal, iaitu pencarian tempat penginapan pada hari yang sama dengan tarikh daftar masuk. Ini diikuti oleh pelancong dari Vietnam, Hong Kong, Jepun, India, Filipina, Korea Selatan dan Singapura.


“Jumlah pengguna yang memilih percutian pada saat-saat akhir semakin meningkat – ada yang membuat keputusan secara spontan untuk keluar menonton persembahan atau membuat tempahan "staycation" sekadar bersuka-suka. GoLocal Tonight menarik perhatian segmen baharu ini yang terdiri daripada pelancong berhemat. Mereka bertindak mengikut gerak hati dan sentiasa mencari harga rendah untuk memanfaatkan tawaran pada hari yang sama. Ini menghasilkan situasi menang-menang di antara rakan niaga dan pelancong,” kata Enric Casals, Pengarah Serantau, Agoda.

Ribuan hotel dan pengusaha penginapan di Asia Pasifik telah mendaftar dalam program Agoda ini untuk menawarkan diskaun tambahan sehingga 30% untuk tempahan saat akhir. Sama ada untuk percutian solo di kota, atau berkumpulan di destinasi luar bandar atau pantai, dapatkan tawaran hebat saat akhir GoLocal Tonight.

 

Feature photo by: People photo created by lifeforstock - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU