AGELOC® BOOST™ NU SKIN UNTUK WAJAH TAMPAK MUDA LEBIH BERSERI

 

Produk kecantikan berinovasi kini boleh berada di dalam genggaman anda! Nu Skin Malaysia telah mengumumkan pelancaran sistem peranti ageLOC® Boost™ baru-baru ini.

Tampil sebagai sistem peranti kecantikan yang serba canggih, ageLOC® Boost™ menggunakan teknologi Variable Pulse Microcurrent yang menghantar denyutan arus berubah-ubah untuk membuat kulit tampak ketara lebih cerah, gebu dan anjal dalam masa beberapa minit sahaja.


Dr. Helen Knaggs, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Global, Nu Skin Enterprises, mengatakan, “Di Nu Skin, kami memahami bahawa industri kecantikan sedang melalui evolusi. Oleh itu, kami berkerja keras demi mencipta produk yang seronok digunakan oleh orang ramai, dan pada masa yang sama membantu mereka tampak dan rasa lebih yakin. Hasil titik peluh kami bertungkus lumus menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh serta mengambil maklum balas pengguna, maka lahirlah ageLOC® Boost™. Pelancaran ageLOC® Boost™ ini membuktikan kesungguhan kami dalam memberikan hanya yang terbaik untuk pengguna kami.”


Tambah beliau lagi, rawatan dua minit ini - yang menggabungkan peranti ageLOC® Boost™ dan ageLOC® Boost™ Activating Treatment, akan memberikan kesegaran yang menakjubkan buat kulit dengan setiap penggunaan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, Nu Skin Malaysia telah membina nama sebagai antara syarikat penjualan langsung yang pertama dalam mengedarkan produk anti-penuaan berkualiti premium di bawah kategori penjagaan diri dan suplemen pemakanan.

Kami sangat berbesar hati melancarkan ageLOC® Boost™ di sini, di pasaran kami. Malah, pelancaran ini seiring dengan sambutan ulang tahun kami yang ke-20 di Malaysia setelah dua dekad bersama pengguna menjadi pelengkap buat keperluan kecantikan mereka. Kami turut berterima kasih tidak terhingga kepada para pengguna Malaysia kami yang setia menyokong bertahun-tahun lamanya bukan sahaja untuk produk kami tetapi juga untuk inisiatif kemasyarakatan (CSR) kami seperti Force For Good dan Dana Jantung Kanak-kanak Asia Tenggara (SEACHF), " ujar Encik Hendrix Wong, Naib Presiden, Operasi Pasaran Malaysia dan Brunei.

Kecil tapi berkuasa - Peranti ageLOC® Boost™ menghantar denyutan pemulihan yang bercas seimbang dan berselang-seli ke dalam kulit sebanyak lapan kali sesaat. Apabila digunakan dengan Activating Treatment, arus mikro mengoptimumkan dan mengaktifkan kulit supaya tampak lebih muda dan berseri.


Selain itu, peranti ageLOC® Boost™ turut membantu:
  • Mengurangkan tanda penuaan pramatang
  • Mengurangkan penampakan bintik hitam dan hiperpigmentasi
  • Memulihkan dan membuat warna kulit lebih sekata supaya tampil berseri
  • Melembapkan sekaligus menjadikan kulit lebih lembut
  • Membuatkan kulit kelihatan lebih gebu dan anjal seakan remaja
  • Membuatkan kulit tampak yang lebih cerah dan mulus
Diiktiraf oleh International Business Awards, Business Intelligence Group dan Golden Bridge Awards, ageLOC® Boost™ boleh didapati melalui pengedar berdaftar Nu Skin mulai 3 Mac 2021. Berharga RM 1,280, usah lepaskan peluang untuk mengalami sendiri rahsia di sebalik kulit berseri dan awet muda.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.nuskin.com. Jangan ketinggalan dan ikuti perkembangan terbaharu di Facebook and Instagram Nu Skin.



Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA