CENDANA & GRAB BERKOLABORASI UNTUK INISIATIF #LIVEKATRUMAH
Sebagai usaha bersepadu untuk menyokong industri seni dan muzik kreatif, Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA), telah mengumumkan kerjasamanya dalam inisiatif #LiveKatRumah Grab untuk memberi peluang kepada seniman dan pekerja seni budaya bagi menjana pendapatan. Oleh kerana kawalan pergerakan, banyak acara seni dan muzik secara fizikal dibatalkan dan ini telah memberi impak ke atas pendapatan mereka.
Dalam meningkatkan usaha untuk membantu artis tempatan, kerjasama bersama CENDANA ini akan menyumbang secara langsung kepada pendapatan artis dan anggota kru produksi.
Setelah berhenti seketika bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, pertunjukan maya percuma #LiveKatRumah kini kembali menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menikmati bakat luar biasa daripada artis tempatan di samping untuk terus menyokong mereka. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan tahun ini, pertunjukan ini telah mengumpul hampir 15,000 penonton di seluruh negara. Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat dalam penganjuran pertunjukan yang akan datang, semua artis dan kru yang terlibat akan mengikuti SOP yang ditetapkan untuk industri kreatif termasuk menjalani ujian saringan COVID-19.
Disiarkan secara langsung di laman Facebook Grab Malaysia, #LiveKatRumah, yang disokong oleh KFC Malaysia, myNEWS dan Tropicana, adalah siri konsert maya dua kali seminggu yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia dari mana sahaja di seluruh negara secara PERCUMA, yang menampilkan beberapa artisberbakat Malaysia terdiri daripada penyanyi dan kumpulan R&B, Pop, Soul, Hip Hop, Jazz, dan Rock, hingga ke komedi dan ahli silap mata. Ini untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati pelbagai persembahan yang biasanya mereka tidak berpeluang untuk melihatnya dan menghargai bakat luar biasa yang membanjiri Malaysia, semuanya daripada keselesaan di rumah mereka.
"Laporan kami baru-baru ini menunjukkan bahawa 93% artis dan pekerja seni budaya Malaysia telah terkesan impak negatif oleh COVID-19, dengan 70% daripada mereka hampir atau hilang punca pendapatan mereka sepenuhnya. Disebabkan pandemik ini, kami berusaha untuk membantu melindungi pekerjaan dan mewujudkan peluang bagi ramai pekerja sambilan dan bebas melalui peruntukan Bajet 2021 di sektor seni dan budaya. Seni telah menolong kesejahteraan ramai rakyat Malaysia menempuhi isolasi dan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kami mengalu-alukan, dan berterima kasih atas kerjasama bersama Grab dalam inisiatif #LiveKatRumah; kita juga akan menyaksikan penerima CENDANA seperti Crinkle Cut, Tay Cher Siang dari WVC Malaysian Jazz Ensemble, Alien Lien Lipstick Fire dan Clinton Jerome Chia tampil untuk membuat persemban,” kata Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, CENDANA.
Berkongsi inspirasi di sebalik inisiatif #LiveKatRumah, Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia berkata, "Kami tampil dengan #LiveKatRumah setelah mendengar kisah-kisah perjuangan rakan-rakan dalam industri seni persembahan semasa PKP dan kami gembira dengan maklum balas yang telah kami terima setakat ini. Sebagai platform tempatan di Malaysia, kami mengalu-alukan sokongan CENDANA yang turut serta dalam usaha kami untuk menyampaikan muzik dan persembahan secara langsung yang berkualiti daripada artis tempatan terus ke kediaman rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini, dan juga memberikan bantuan dalam menyediakan peluang menjana pendapatan bagi para artis ini."
Dalam masa yang mencabar ini, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan untuk saling menyokong antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, gabungan atau industri. Oleh itu, rakyat Malaysia digalakkan untuk menyumbang ke Tabung #LiveKatRumah melalui GrabPay, di mana semua hasil sumbangan akan diserahkan terus kepada artis-artis utama dan kru produksi. Tidak ada had untuk setiap sumbangan, bagaimanapun, sumbangan bernilai RM5 ke atas akan menerima baucar KFC atau myNEWS.
Dengan para artis utama seperti The Frankie Sixes, Rainbow Children, Dasha Logan, Nadir dan banyak lagi, pasti ada sesuatu untuk semua orang! Nantikan penampilan khas dari WVC Malaysian Jazz Ensemble bagi menyokong inisiatif ini. Berikut adalah beberapa pendapat mereka mengenai inisiatif ini:
Elvira Arul (foto):
"Impak pandemik yang sedang berlanjutan adalah sesuatu yang saya dan artis-artis lain belum pernah mengalami sebelum ini, dan sebilangan telah hilang pendapatan lebih teruk daripada yang lain. Saya sangat menghargai jasa Grab kerana membawa persembahan kami terus kepada anda melalui #LiveKatRumah daripada keselesaan di rumah anda. "
The Frankie Sixes:
“Untuk penghibur seperti kami, COVID-19 telah menyukarkan kehidupan kami terutamanya dari segi perkembangan dan pendapatan, jadi kami sangat berterima kasih kepada Grab atas inisiatif #LiveKatRumah mereka di mana semua hasilnya akan diserahkan kepada para penghibur, penghibur utama dan kru. Kami teruja untuk membuat persembahan untuk anda bersama dengan semua pemuzik dan penghibur daripada keselesaan di rumah anda untuk memastikan persembahan ini terus berlangsung. "
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai barisan persembahan dan promosi #LiveKatRumah daripada KFC Malaysia di GrabFood dan myNEWS di GrabMart, sila klik DI SINI.
Comments
Post a Comment