JONETZ BY DON DON DONKI @ LOT 10 TAWARKAN PRODUK JEPUN HALAL

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (tengah) bersama Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Satoshi Machida, Presiden, Pan Pacific Retail Management  (Malaysia) Sdn Bhd di JONETZ by DON DON DONKI 

Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn. Bhd., subsidiari luar negara Pan Pacific International Holdings Corporation telah membuka gedung pertamanya di Malaysia pada 19 Mac 2021 (Jumaat), yang dikenali sebagai "JONETZ by DON DON DONKI" di Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

DON DON DONKI kini dalam usaha mengembangkan perniagaannya ke rantau Asia Pasifik (APAC) seperti Singapura, Thailand, Hong Kong dan Taiwan, dengan pengenalan konsep gedung khusus untuk produk Jepun, menjual barangan buatan Jepun dan/atau barangan yang diperbuat untuk pasaran Jepun pada harga yang berpatutan.

Presiden Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn. Bhd., Satoshi Machida, berkata “Kami amat gembira dengan pengembangan kami ke Malaysia kerana ia menandakan usaha berterusan kami untuk mengembangkan kehadiran kami di rantau ini. Industri runcit di Malaysia semakin berkembang dan ia memberikan peluang untuk membina jenama kami di sini."

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dua dari kiri) di majlis tanda tangan plak JONETZ by DON DON DONKI bersama H.E Hiroshi Oka, Duta Jepun ke Malaysia (kiri); Satoshi Machida, Presiden, Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn Bhd (dua dari kiri) dan Joseph Yeoh (kanan) bersama maskot Donpen.

Gedung “JONETZ by DON DON DONKI Lot 10”, terletak di pusat komersial yang paling sibuk di bandaraya Kuala Lumpur, akan menampilkan format gedung baharu daripada gedung DON DON DONKI sedia ada. Dalam format gedung baharu ini, kami akan menawarkan produk Jepun yang dipilih dengan “Passion” seperti jenama tersendiri kami yang dikenali sebagai "Jonetsu Kakaku" yang bermaksud “Passionate Price”. Justeru, memberikan kami inspirasi untuk menamakan gedung baharu kami sebagai "JONETZ".

Kami juga akan menawarkan beberapa barangan yang mesra untuk pelanggan beragama Islam agar mereka dapat membeli-belah tanpa sebarang keraguan. Terdapat bahagian khusus untuk daging lembu, termasuk pelbagai daging lembu Wagyu dan daging BBQ Jepun, yang diperolehi dari kilang yang disahkan HALAL oleh Persatuan Halal Jepun yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Di samping itu, buah-buahan bermusim yang popular akan disediakan dan terdapat bahagian khusus, iaitu "Seksyen RM5 Ringgit" yang menawarkan barangan keperluan harian.

Memandangkan situasi COVID-19, Kumpulan PPIH telah memulakan perkhidmatan penghantaran ke rumah sejak Disember 2020 di negara-negara lain untuk memenuhi keperluan perubahan dan trend membeli-belah. 

Di Malaysia, PPIH akan memperkenalkan perniagaan e-dagang. Pelanggan boleh mendapatkan akses kepada produk Jepun melalui kedai dalam talian rasmi di Shopee dan Grab. Pelanggan di seluruh negara akan dapat menikmati produk yang disediakan dengan membuat pesanan dari rumah mereka.

“JONETZ by DON DON DONKI Lot 10” dengan keluasan 23,476 meter persegi merangkumi tiga tingkat, menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan selamat untuk para pembeli. Gedung ini akan menempatkan pelbagai produk Jepun seperti makanan ringan, barangan runcit, kosmetik, produk kecantikan, makanan, keperluan isi rumah dan banyak lagi.

"Kami berharap pelanggan kami akan merasai pengalaman yang menyenangkan ketika membeli-belah produk Jepun kegemaran mereka yang berkualiti tinggi, unik dengan harga yang berpatutan," menurut Satoshi Machida lagi.

Sempena pembukaan JONETZ by DON DON DONKI, Video Live yang dihoskan oleh Sean Lee dan Fatin Afeefa akan disiarkan malam ini pada jam 8 malam di saluran Facebook DON DON DONKI Malaysia. Penonton bertuah akan berpeluang memenangi baucar DONKI bernilai RM3,000.

PPIH Group akan terus meneroka peluang perniagaan di Malaysia dengan rangkaian pengedaran yang kukuh untuk menawarkan produk Jepun pada harga yang berpatutan kepada semua pelanggan di Malaysia dalam usaha meningkatkan pengiktirafan dan pembelian produk Jepun.



Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli menambah, pelaburan Kumpulan PPIH dengan pembukaan JONETZ by DON DON DONKI mengukuhkan komitmen dan keyakinan pelabur Jepun terhadap ekonomi Greater KL dan Malaysia. Beliau berkata, "Pelaburan yang besar ini sememangnya satu langkah yang tepat ke arah mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat".

PPIH Group kini berada di lima pasaran di luar negara, iaitu di Amerika Syarikat dengan 38 gedung, 8 gedung di Singapura, 2 gedung di Thailand, 7 gedung di Hong Kong dan 1 gedung di Taiwan. Sehingga kini, terdapat 57 gedung di enam pasaran di luar Jepun termasuk "JONETZ by DON DON DONKI Lot 10".


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA