SONOS PERKENAL PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH BAHARU, ROAM™

 

Sonos kini memperkenalkan Sonos Roam™, pembesar suara pintar ultra mudah alih yang dibina untuk menghasilkan audio yang hebat di kediaman anda dan juga di mana sahaja anda berada.

Pembesar suara tersebut akan berhubung sepenuhnya ke sistem sonos di rumah melalui wifi dan mampu beralih ke Bluetooth secara automatik semasa anda dalam perjalanan, Roam™ menghasilkan audio yang kuat dan mudah digunakan bagi pembesar suara yang berukuran sepertinya. 


Penyediaan dan kawalan yang dilengkapi dengan ciri-ciri pintar baharu memudahkan anda untuk menikmati muzik dan banyak lagi dari mana-mana sahaja. 

Dengan berat kurang daripada satu paun, reka bentuk Roam™ yang elegan namun kukuh sangat sesuai untuk kediaman, halaman belakang, dan boleh dibawa ke mana sahaja anda pergi. Tersedia dari 21 April dengan harga RM 1,099, TC Acoustic membawakan produk audio baru ke Malaysia, memberikan pelbagai pengalaman bunyi yang hebat kepada semua. Pelanggan dapat mengetahui lebih lanjut hari ini di trysonos.my.


“Kami membina Roam™ untuk membolehkan pelanggan membawa pengalaman Sonos ke mana sahaja mereka pergi,” kata Patrick Spence, CEO Sonos. “Ia bukan sahaja pembesar suara Sonos yang paling pintar dan serba boleh malah harganya juga sangat berpatutan. Roam™ memberi peluang kepada berjuta-juta pelanggan baharu untuk memulakan pengalaman bersama Sonos dan ia merupakan produk yang sangat sesuai untuk masa sekarang dimana kita akan mula berkumpul semula bersama rakan-rakan dan keluarga.”

Kenali Sonos Roam™

Sambungan serentak ke WiFi dan Bluetooth membolehkan penstriman yang lancar di mana sahaja anda berada. Semasa anda mendengar di rumah, Roam™ menyambung ke peranti anda dan melakukan penstriman melalui WiFi, dan apabila anda bergerak keluar rumah, sambungan akan bertukar secara intuitif ke Bluetooth dan berhubung semula secara automatik dengan peranti mudah alih anda. 

Dengan ciri serba baharu Sound Swap, anda dapat menekan butang play/pause pada Roam™ untuk menukar muzik ke pembesar suara terdekat di sistem anda, Ini memudahkan pemindahan muzik dari bilik ke bilik. Sambungan yang lancar juga membuka aliran Bluetooth untuk seluruh sistem anda dengan aplikasi Sonos yang membolehkan anda mengumpulkan mana-mana pembesar suara Sonos anda ke Roam™ untuk penstriman dengan Bluetooth. 

Roam™ menyokong lebih daripada 100 perkhidmatan penstriman termasuk Sonos Radio dan ia boleh dikendalikan dengan mudah menggunakan aplikasi Sonos, menggunakan suara anda melalui Amazon Alexa atau Google Assistant, Apple AirPlay 2, atau terus melalui aplikasi perkhidmatan muzik kegemaran anda.


Roam™ diciptakan untuk menghasilkan pengalaman audio yang luar biasa di mana sahaja anda berada. Seperti semua produk Sonos, Roam™ dibina oleh para pemimpin industri muzik dan filem untuk memastikan pembesar suara ini menghasilkan ketepatan audio seperti yang dimaksudkan oleh pencipta. 

Senibina akustik yang direka dengan teliti menghasilkan audio yang padat dan terperinci dengan kejelasan dan kepenuhan yang anda harapkan dari pembesar suara yang lebih besar. Automatic Trueplay kini tersedia ketika melakukan penstriman melalui Bluetooth dan juga WiFi. Ini bermaksud Roam™ boleh disesuaikan dalam pesekitaran apa sekali pun untuk pengalaman audio yang tiada tandingan.

“Untuk pembesar suara mudah alih yang kecil, Roam™ menghasilkan bunyi yang besar dan asli. Ketulenan audio dapat didengarkan dan ini membuktikan kehebatan rekabentuk teknikalnya. Ia unik dan berfungsi seperti pembesar suara berprestasi tinggi jika dibandingkan dengan megaphone,” kata Emily Lazar, pemenang anugerah Grammy, jurutera mastering, dan salah seorang ahli lembaga pengarah Sonos.

Tersedia dalam warna shadow black atau lunar white, bentuk segitiga Roam™ yang selesa untuk dipegang kelihatan cantik di rumah. Menggabungkan keanggunan dan reka bentuk yang tahan lasak, Roam™ tahan debu dan kalis air dengan penilaian IP67 dan dilengkapi penutup dan butang fizikal silikon untuk perlindungan jika terjatuh. Roam™ bersedia untuk sebarang pengembaraan dengan putaran muzik berterusan sehingga 10 jam dengan sekali cas dan hayat bateri sehingga 10 hari apabila tidak digunakan. 

Untuk mengecas semula, sambungkan Roam™ ke pengecas tanpa wayar magnetik yang direka khas dari Sonos yang dijual secara berasingan, pengecas tanpa wayar Qi, atau dengan kabel USB-C yang disertakan dalam kotak.


Saiz kompak Roam™ dapat dimuatkan dalam beg secara mudah atau diletakkan di sudut terkecil ruang tamu anda. Roam™ boleh diletakkan secara menegak untuk menjimat ruang atau mendatar untuk memberikan kestabilan tambahan pada permukaan yang tidak rata di luar rumah. Bungkusannya juga meninggalkan jejak yang ringan dimana ia terbuat daripada 100% kertas bersumber lestari dengan reka bentuk baharu yang meminimumkan penggunaan dakwat dan tidak termasuk plastik sekali pakai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sonos.com.

Sonos boleh didapati di saluran-saluran berikut di Malaysia:

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING