JACK ‘N JILL CREAM-O LANCAR ‘PROJEK KOMUNITI O-SOME’


JACK 'n JILL Cream-O, sebuah jenama biskut sandwic, akan melancarkan satu inisiatif murni dan menceriakan masyarakat dengan rasa ‘O-some’ melalui kempen 'JACK ‘n JILL Cream-O Sama-Sama O-some’. Untuk kempen ini, Cream-O akan bergabung tenaga bersama institut pengajian awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi melaksanakan satu program jangkauan masyarakat mengujakan yang dinamakan ‘Projek Komuniti O-some’.

Diilhamkan melalui etos jenama ini iaitu 'menjadikan sehari O-some', Jack ‘n Jill Cream-O akan memberi sokongan padunya kepada kempen ‘JACK ‘n JILL Sama-Sama O-some’ yang akan memaparkan satu peraduan hebat dengan ganjaran wang tunai bernilai RM10,000 sebagai rebutan. Sambil menikmati biskut sandwic Cream-O kegemaran mereka, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat secara langsung boleh melibatkan diri dalam kempen ini. Para peserta bukan sahaja berpeluang meraih hadiah yang disediakan, malah pada masa yang sama menyumbang kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’, iaitu tabung yang akan dimanfaatkan untuk tujuan perancangan, pengkonsepan dan pelaksanaan projek komuniti tersebut, yang akan diselia oleh seorang mentor daripada universiti itu.

“JACK ‘n JILL Cream-O adalah jenama biskut sandwic yang menginspirasi orang ramai supaya 'jadikan sehari anda O-some'. Kami jalankan kempen ini bukan sahaja untuk membolehkan para pengguna menikmati produk kami dan berpeluang meraih hadiah tunai yang O-some, tetapi pada masa yang sama berkongsikan rasa ‘O-some’ bersama masyarakat. Kami memilih untuk berganding bahu dengan Universiti Teknologi MARA untuk projek ini kerana kami begitu kagum dengan kesan dan impak yang diperolehi melalui program jangkauan masyarakat yang telah mereka kendalikan untuk komuniti di Malaysia. Kami tidak sabar untuk menanti projek ini tamat dan kami yakin hasilnya pasti amat mengkagumkan,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kerja-kerja ‘Projek Komuniti O-some’ akan bermula pada 16 April dan dijangka selesai pada Mei 2021.


Jom sertailah Peraduan Cream-O Sama-Sama O-some dan menyumbang kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’!

Tempoh peraduan 1 Mac 2021 – 15 April 2021
WhatsApp, Menang dan Jadikan Komuniti O-some dengan 2 langkah mudah berikut:
  1. Langkah 1: Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dalam satu resit. Simpan resit tersebut.
  2. Langkah 2: WhatsApp <Nama>, <No. MyKad>, gambar resit, jawab soalan dan hantar ke +6011 5500 1878: Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?
10 mata daripada setiap penyertaan yang layak akan disalurkan kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’

Raih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah O-some berikut:
  • Hadiah Utama : RM1200 x 1
  • Hadiah Kedua : RM800 x 2
  • Hadiah Ketiga : RM200 x 36

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/ .

Jadikan Kehidupan Seharian Anda O-some!
#JacknJillCreamO
#CreamOSamaSamaOsome
#ProjekKomunitiOsome

 

Feature photo by: Family photo created by drobotdean - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!