AMZAR SABRI GERAK SOLO DENGAN LAGU BAHARU, KENANGAN

 

Pasti ada yang masih ingat akan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar & Amsyar. Mereka juga banyak berkolaborasi bersama artis –artis ternama.

Namun pada tahun 2021 ini, salah seorang anggotanya Amzar telah membuat keputusan untuk mengeluarkan single solo. Beliau juga telah menggunakan nama Amzar Sabri sebagai nama pentas bagi kerjaya solonya. Kali ini Amzar Sabri telah meriliskan lagu terbarunya bertajuk Kenangan bersama syarikat rakaman New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR). 

Kenangan telah berada di semua pasaran dan pelantar digital. Menurut Amzar “kenangan cerita yang tidak boleh lari dari cinta”,apabila kita menyebut ayat itu memang tidak dinafikan bahawa setiap kenangan itu sentiasa ada di dalam lubuk hati dan minda kita. 

Kesimpulannya lagu ini menceritakan tentang dua hati yang tidak sempat melangsungkan perkahwinan mereka akan kerana lelaki itu mati dan si perempuan itu tidak sempat mengatakan apa-apa dan dihantui oleh memori dan harapan terhadap si lelaki” 

Lagu berkonsepkan balada ini juga akan menjadi runut bunyi bagi telemovie yang bakal ditayangkan kelak dan Amzar juga merupakan salah seorang pelakon bagi telemovie tersebut. Menurut Raja Nazreen ,Pengurus A&R ,kerjasama ini terjalin kerana bakat semulajadi dan kesungguhan yang ada didalam diri Amzar itu sendiri. Ada yang tidak tahu Amzar juga merupakan seorang composer dan penulis lirik yang sangat berbakat kerana banyak karya-karya telah menjadi hits dan menduduki carta teratas didalam carta penstriman digital. 



Antara hasil cipataanya adalah seperti Zizan Razak- Kaki Licik, Ernie Zakri -Jangan Marah, Naim Daniel-Purnama, Aziz Harun dan Bunga -2020, Bunga -300 Saat ,Syafiq Naser - Lenggang dan banyak lagi. 

“Saya berharap semoga lagu ini akan berjaya dan menjadi peneman hidup kalian, In Sya Allah” katanya yang menjadikan Judika,Chris Brown,Lewis Capaldi,Hayley Willliam & 6lack sebagai rujukan kegemaran bagi penghasilan sesebuah karyanya.


 

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA