DISTRICT RACE MALAYSIA ANJURAN AIA VITALITY TAMPILKAN KELAINAN


District Race Malaysia anjuran AIA Vitality kembali lagi dan bersiap sedia untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui acara digital augmentasi realiti baharu dengan penyertaan percuma. 

Sejak tahun lalu, pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kesemua acara sukan yang melibatkan penyertaan secara besar-besaran tidak dapat dilangsungkan, sekaligus mendorong orang ramai untuk bertindak kreatif dalam melakukan rutin kecergasan mereka. Justeru, edisi terbaharu District Race Malaysia yang bakal dilancarkan hari ini (1 Mac 2021) adalah berlandaskan konsep yang sama. Dikuasakan oleh platform teknologinya yang canggih, acara ini menggalakkan orang ramai untuk menjalani kehidupan aktif dan sihat dalam norma baharu dengan menawarkan satu pengalaman menjelajah bandar yang menyeronokan melalui aplikasi District.

Tahun ini, District bersama penajanya AIA Vitality telah meluaskan penyertaan acara ini ke seluruh negara yang memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertainya dan menikmati keseronokannya bersama.

Acara selama empat bulan ini berhasrat untuk mendorong orang ramai kekal aktif dan sihat dengan melakukan senaman mengikut cara yang baharu dan mengujakan dalam suasana yang selesa dan selamat. Versi baharu aplikasi District ini menawarkan para penggunanya dengan pelbagai pilihan penyertaan tanpa mengira tahap kecergasan mereka. Ini termasuk pengalaman kecergasan tahap tinggi, augmentasi realiti dan pelbagai pertandingan komuniti untuk semua.

Cara paling mudah untuk bermula adalah dengan berjalan kaki, berjoging atau berlari ke lokasi titik semak maya berhampiran. Hanya buka aplikasi, tekan ‘Start’, dan jalan mengikut lokasi-lokasi GPS untuk meraih mata. Jelajahlah di sekitar kawasan kejiranan atau di taman berhampiran; titik semak berada di mana-mana sahaja.

Bagi mereka yang tidak berhasrat untuk mengumpul titik semak, mereka juga boleh memperoleh mata untuk setiap kilometer yang dikumpul sama ada dengan berjalan kaki atau berlari. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijejaki melalui aplikasi District atau dengan menghubungkan peranti boleh pakai yang dilengkapi GPS, misalnya Garmin. Selepas dihubungkan dengan peranti, semua rekod aktiviti akan diselaraskan terus kepada aplikasi District dan mata yang diraih akan dikredit dan dikira untuk kedudukan keseluruhan. Proses menyertai sesuatu acara tidak pernah semudah ini.

Di samping pertandingan bulanan, satu cabutan Hadiah Utama juga akan berlangsung sepanjang tempoh acara bermula 1 Mac hingga 30 Jun, dengan pelbagai hadiah menarik menjadi rebutan. Sebarang aktiviti yang berjaya meraih 2,000+ mata terkumpul akan melayakkan peserta untuk satu peluang bagi cabutan bertuah tersebut. Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah kereta Proton X50 baharu. Di samping itu, terdapat lebih daripada 40 hadiah pertandingan untuk dimenangi termasuk jam tangan Garmin, peralatan adidas dan banyak lagi.

District Race Malaysia anjuran AIA Vitality juga merupakan satu cara yang hebat untuk menghubungkan rakan-rakan dan keluarga untuk sama-sama bergerak aktif secara maya tatkala ramai yang tidak berkesempatan untuk bersemuka secara fizikal sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Para peserta boleh mengajak rakan dan ahli keluarga untuk membentuk satu pasukan bagi menyertai perlumbaan ini dan berpeluang untuk menang Pasukan dengan jumlah ahli terbanyak akan memenangi kemeja T District Race Malaysia dan pingat augmentasi realiti District 2021 secara percuma.

“Edisi sulung District Race yang dilangsungkan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 2019 telah menarik penyertaan lebih 8,000 orang dan kami begitu teruja dengan sambutan hangat yang diterima. Walaupun pandemik global telah memberi kesan dan menjejaskan sebahagian kehidupan kita semua, kami tetap ingin menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan positif di kalangan golongan anak muda mahupun keluarga,” kata Josh Tendler, Ketua Pemasaran, District Technologies. “Aplikasi District dikuasakan dengan teknologi berasaskan lokasi dan gamifikasi, dan ianya kini membolehkan peranti boleh pakai yang dilengkapi GPS dipautkan kepada platform itu. Oleh kerana itu, kami membawa perlumbaan komuniti di Malaysia ini beralih ke format digital pada tahun ini – dengan misi untuk kekal aktif dan sihat. Perlumbaan kali ini pastinya menjanjikan kelainan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.”

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran, AIA Bhd. berkongsikan sentimen yang sama: “District Race anjuran AIA Vitality sebelum ini telah menggegarkan Malaysia apabila ia julung kalinya dilancarkan pada 2019. Selaku penaja, kami cukup teruja kerana dapat menganjurkannya sekali lagi, kali ini dengan format yang baharu dan diubahsuai untuk terus memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk kekal aktif meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan akibat pandemik COVID-19. Kami sentiasa komited dalam mencari kaedah inovatif dan menghiburkan bagi membantu rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna – dan salah satu daripadanya adalah menerusi program kesihatan unik AIA Vitality kami yang menggalakkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian mereka. Kerjasama dengan District Race ini sememangnya tepat untuk kami kerana ia memberi kesempatan kepada orang ramai menjelajah di sekitara kawasan bandar dan komuniti masing-masing bersama rakan-rakan serta keluarga secara sihat dan selamat.”


Aplikasi District boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.

Pendaftaran am District Race Malaysia anjuran AIA Vitality masih lagi dibuka secara percuma dengan memuat turun aplikasi di: https://rebrand.ly/DistrictRaceMY

Untuk maklumat lanjut, ikuti @DistrictRaceMY di Facebook dan Instagram, atau layari laman rasmi acara di: www.exploredistrict.com/en/events/district-race-my-2021 


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA