DISKUSI BERANI & SENSASI ISU LARANGAN DALAM BORAK KELAMIN

 


Program ‘Borak Kelamin’ ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 buah episod.

Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ‘Borak Kelamin’ bakal mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.


Program ‘Borak Kelamin’ akan berdurasi selama 60 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam mulai 1 Mac 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL