PROGRAM 5G CITYU TINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR SPM 2020


Sebagai salah sebuah perintis di dalam sektor Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia, City University Malaysia (CITYU) telah memperkenalkan program 5G yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar SPM 2020 yang terjejas dengan wabak pandemic Covid-19 untuk tidak sekadar mengembalikan rancangan pendidikan mereka ke rancangan asal malahan membolehkan mereka menjadi graduan yang bolehpasar dalam tempoh yang lebih awal dari rakan sebaya.

Melalui program ini, CITYU menyediakan peluang kepada calon SPM 2020 untuk segera memulakan pengajian tinggi mereka dengan menggunakan keputusan percubaan SPM dengan jaminan 5G (G untuk Guarantee) untuk ketenteraman minda. Jaminan ini adalah Jaminan Kemasukan, Jaminan Pengembalian Wang, Jaminan Bantuan Kewangan, Jaminan Kelayakan Diiktiraf Antarabangsa dan Jaminan Kelebihan Dayasaing.

Dengan Jaminan Kemasukan dan Pengembalian Wang, CITYU menjamin kemasukan terus ke program Pra-U atau Diploma menggunakan keputusan percubaan SPM dengan minimum 5 dan 3 kredit. Walaupun keputusan sebenar SPM nanti mungkin berbeza, CITYU akan membenarkan pelajar untuk menukar bidang pengajian mereka dengan sewajarnya tanpa sebarang bayaran, dijamin! Sekiranya keputusan sebenar pelajar gagal memenuhi kriteria minimum dan seterusnya pelajar terpaksa menarik diri dari pengajian mereka, CITYU akan memberikan jaminan pemgembalian wang 100%.

Akuan kesahihan keputusan percubaan pelajar ini adalah sebagai pas untuk memulakan pengajian tinggi mereka, dan juga boleh dipakaiguna untuk jaminan bantuan kewangan di mana biasiswa CITYU akan diberikan berdasarkan keputusan percubaan pelajar dan tahap penganugerahan adalah dijamin tanpa mengambil kira keputusan sebenar pelajar yang munkin lebih buruk selagi mana kriteria kemasukan minimum dipenuhi. Malahan, dengan Program Jaminan Biasiswa CITYU, jika keputusan sebenar pelajar didapati lebih baik semakan semula yang sewajarnya akan dilakukan. Dalam erti kata lain, biasiswa yang diberikan melalui program 5G ini didasarkan pada keputusan mana yang lebih baik di antara keduanya – percubaan atau sebenar; supaya pelajar tidak perlu resah dan hanya perlu menumpukan perhatian terhadap pengajian tinggi mereka sebaik sahaja mendaftar ke program ini.

Dua jaminan lain dalam Program 5G ini adalah bersesuaian dengan slogan CITYU iaitu Tradition, Quality and Recognition; program yang ditawarkan adalah bertaraf global dengan pengiktirafan dan pensijilan oleh pelbagai organisasi professional dan akreditasi badan kerajaan tempatan mahupun antarabangsa. Seterusnya, rangkaian perkongsian bersama lebih 170 rakan industri dan universiti antarabangsa lain demi memastikan jaminan kelebihan pelajar kami untuk kebolehpasaran di dalam dan luar negara.

Pendaftaran kemasukan menggunakan keputusan percubaan SPM dengan Program 5G kami kini dibuka untuk pengambilan April 2021, berselaras dengan Pameran Pendidikan CITYU yang akan diadakan di Dewan Serbaguna CITYU kampus Petaling Jaya dan berlangsung untuk 3 hujung minggu yang terdekat ini bermula dari 20 Mac hingga 4 April 2021. Sepanjang acara ini berlangsung, calon pelajar dan ibu bapa boleh mendapatkan maklumat langsung mengenai 68 program yang ditawarkan dalam lebih 20 bidang pengajian dan berpeluang untuk bertemu dengan ahli akademik, pakar dan pelajar dari 8 fakulti kami untuk penyusunan rancangan pasca-SPM, seterusnya membuat keputusan yang tepat mengenai kursus dan kerjaya yang ideal.

Selain daripada program 5G yang mensasarkan pelajar SPM 2020, CITYU turut menawarkan program bantuan Prihatin CityU bagi membantu lulusan SPM dan Diploma yang terjejas pengajian mereka oleh wabak COVID-19 untuk mendaftar dan memulakan Pendidikan tinggi mereka dengan CITYU untuk pengambilan Mei tanpa perlu membayar bayaran pendahuluan. Selain memohon PTPTN untuk menampung sehingga 100% yuran pengajian, terdapat juga bantuan kewangan lain seperti biasiswa CITYU atau bantuan kewangan dari pihak ketiga seperti MARA, Lembaga Zakat Selangor, Penang Future Foundation, Majlis Getah Malaysia dan banyak lagi mengikut kelayakan masing-masing. Ayuh ke Pameran Pendidikan CITYU di kampus Petaling Jaya pada 3 hujung minggu yang akan dating (20 – 21 Mac, 27 – 28 Mac dan 3 – 4 April) dari 10 pagi hingga 4 petang. Selain dari program dan promosi Prasiswazah, kami juga akan mengadakan bengkel program Pascasiswazah dan promosi khas khusus untuk pengunjung Pameran Pendidikan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://city.edu.my/campaigns/foundation/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM