AO LIFE - EKSTRAK ANTIOKSIDAN UNTUK MELAMBATKAN PENUAAN
Produk yang sebelum ini hanya tersedia bagi membantu gaya hidup selebriti A-list dan atlet bertaraf dunia yang terlalu sibuk, AO Life - ekstrak antioksidan premium pertama di dunia dengan pengambilan secara oral yang diperkaya Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen (Oxygen Radical Absorbance Capacity – ORAC) sebanyak 68,576 unit – nilai terbaik dunia dalam melawan penyakit, kini tersedia buat penduduk Asia dan seluruh dunia untuk menyahtoksin badan dan meningkatkan tahap kesihatan serta memanjangkan usia tanpa mengira umur. Dihasilkan di sebuah fasiliti 100% karbon-neutral dengan antioksidan semulajadi pertama di dunia, produk daripada Itali ini mengandungi ransangan antioksidan yang paling kuat untuk melawan molekul bebas berbahaya di dalam tubuh yang menyebabkan sebahagian besar penyakit serius di dunia moden hari ini.
Radikal bebas adalah molekul yang tidak dapat dielakkan dan sentiasa terhasil dengan sendiri oleh badan disebabkan tekanan, serta gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pencemaran udara, bahan kimia yang terkandung di dalam makanan melalui racun perosak dan baja berbahaya, tekanan mental serta tubuh badan, tabiat tidur yang buruk, berat badan belebihan, dan genetik keluarga. Radikal bebas ini menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai tekanan oksidatif (oxidative stress) yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit termasuk: penyakit jantung, strok, barah, dan kencing manis, selain menyebabkan nyanyuk, dan mempercepatkan proses penuaan kulit dan badan. Antioksidan adalah molekul semula jadi yang menyahtoksin tubuh dengan menentang dan menyingkirkan radikal bebas yang berbahaya ini di dalam badan kita.
“Antioksidan utama dalam AO Life disebut hydroxytyrosol (HXT), iaitu sebatian semula jadi yang diekstrak secara langsung dari buah Olea europaea L yang terletak jauh di dalam kawasan bebas pencemaran di Itali menggunakan kaedah tekanan mekanikal yang sederhana tanpa melibatkan bahan kimia atau pelarut. Ia dianggap sebagai sebatian semula bioketersediaan antioksidan semulajadi paling berkesan yang terdapat di pasaran hari ini. Dalam bahasa yang mudah, ini bermaksud apa yang ditelan akan benar-benar meresap ke dalam salur darah dan organ badan anda! Ekstrak cecair AO Life ternyata jauh lebih efektif daripada HXT berbentuk pil atau tablet, dimana ia memberikan 600% lebih tinggi nilai darah dan serapan 40% lebih cepat ke dalam aliran darah. Oleh kerana struktur molekul yang unik, HXT telah terbukti secara saintifik sebagai diet gaya hidup paling sihat di dunia iaitu The Mediterranean Diet yang berfungsi memberi maanfaat kepada kesihatan dan anti penuaan. Sebagai bonus tambahan, ia turut diperkaya antioksidan penting semula jadi dan berkait rapat yang terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah barah dan penyakit utama yang lain,” kata Dr Michael McNamara, MD, pengasas AO Life.
“Satu lagi manfaat utama – HXT secara semula jadi menggandakan kandungan vitamin C di dalam badan anda, walaupun anda tidak mengambil sebarang vitamin tambahan. Berita baik yang terakhir bagi mereka yang mencari solusi anti penuaan yang sebenar untuk mengelakkan kedutan dan mengekalkan ketebalan kulit wajah, AO Life meransang sirtuin dan mencegah kerosakan dan kehilangan semula jadi NAD+ selular, yang kini diiktiraf atas manfaat utama anti penuaan dan memanjangkan usia. Kesemua proses anti penuaan ini tidak memerlukan pengambilan makanan tambahan bagi penghasilan NAD+ seperti NMN.”
“Setelah merawat lebih dari 100,000 pesakit, saya melihat sendiri keperluan untuk menghasilkan kaedah pencegahan yang benar-benar dapat membantu pesakit saya untuk mengelakkan penyakit kronik yang biasa terjadi seperti penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, kencing manis, kegemukan, dan penuaan. Perjalanan ini mendorong saya untuk menghasilkan sesuatu yang amat saya yakini sebagai anti penuaan anti oksidan, AO Life, sangat mudah anda hanya perlu mencampurkan ke dalam segelas air minuman.” tambah Dr. McNamara. “Saya tidak dapat hidup tanpanya – orang sering bertanya kepada saya setiap hari bagaimana saya kelihatan kekal begitu muda. Sekarang, rahsia saya juga milik anda!”
Selain melindungi dan membalikkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas pada tubuh, HXT mempunyai kesan anti penuaan yang kuat untuk melindungi kecantikan kulit dan membantu menghasilkan lebih banyak kolagen pada kulit, meningkatkan tahap kelangsungan hidup sel dan genetik, serta menggalakkan peningkatan imuniti. HXT terbukti secara saintifik untuk menghalang dan melindungi kita dari virus termasuk HIV, herpes, dan pelbagai virus influenza.
“ORAC adalah ukuran kekuatan sebarang sebatian antioksidan. Ia adalah ukuran langsung terhadap seberapa cepat dan efisyen antioksidan seperti HXT dapat menghilangkan radikal bebas yang berbahaya dan mengurangkan risiko penyakit, melambatkan proses penuaan bagi meningkatkan jangka hayat manusia, meningkatkan kualiti dan kecantikan kulit, bahkan meningkatkan pertahanan imunisasi kita untuk mencegah virus jangkitan” tanbah Dr McNamara.
Setiap dos harian ekstrak antioksidan premium AO Life 3ml mengandungi HXT dengan nilai ORAC tiga kali ganda lebih kuat daripada coenzyme Q10, 15 kali ganda lebih kuat daripada teh hijau, dan hampir dua kali ganda lebih kuat daripada produk yang sedang berada di pasaran masa ini.
AO Life boleh didapati secara dalam talian di www.aolife.io/buy-now.
Maklumat lanjut AO Life, layari:
Laman sesawang : www.aolife.io
Facebook : www.facebook.com/AOLifeantioxidants
Instagram : www.instagram.com/aolife.io/
Comments
Post a Comment