PANDUAN AGODA UNTUK SAKSIKAN KEINDAHAN MUSIM BUNGA 2021

 

Musim bunga kini telah tiba dan bermakna bunga-bunga sakura akan mekar tidak lama lagi. Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan, pastinya keinginan anda membuak-buak untuk menyaksikan keindahan bunga sakura yang mekar. Walaupun negara Jepun biasanya merupakan destinasi paling hebat untuk “Sakura Zensen”, platform percutian digital Agoda berkongsi idea di mana untuk menyaksikan keindahan bunga merah jambu ini di lokasi berhampiran dengan kediaman anda.

Tinjauan GoLocal Agoda menunjukkan bahawa satu per tiga daripada pelancong di seluruh dunia menyatakan “Alam Semula Jadi” sebagai destinasi percutian pilihan mereka, menjadikan taman negara atau taman nasional sebagai lokasi percutian ideal yang jauh daripada kesibukan kota dan dikelilingi keindahan bunga-bungaan.

Malaysia

· 37,600 tempat penginapan di Malaysia

Kedah

Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan adanya ‘musim sakura’ yang tersendiri di Malaysia. Setiap tahun, bermula pada bulan Februari sehingga April, jalan-jalan di Alor Setar akan diserikan oleh bunga-bunga berwarna putih dan merah jambu yang mekar. Dikenali sebagai pokok Tecoma, bunganya yang mirip bunga sakura mewarnai lanskap bandar tersebut. Walaupun bunga-bunga itu terdapat di serata bandar, lokasi tumpuan yang paling terkenal adalah di sepanjang Jalan Kuala Kedah dan Jalan Langgar. Menginaplah di Hotel Royale Signature yang terletak tidak jauh dari mercu-mercu tanda popular seperti Aman Central dan Menara Alor Setar.


Penang

Menghala ke Selatan, Pulau Pinang adalah satu lagi destinasi yang terkenal dengan bunga-bunga Tecoma, di samping aneka makanan yang tersohor, kebudayaan dan warisannya. Digelar 'pokok kertas tisu' atau 'pokok bunga trompet' oleh penduduk-penduduk tempatan, bunga-bunga yang cantik ini biasanya mekar pada musim kemarau di antara bulan Februari dan April, dan menghampari jalan-jalan dengan kelopak-kelopak bunga berwarna merah jambu, putih dan ungu. Tempahlah penginapan anda di Lone Pine Boutique Hotel, di Pantai Batu Ferringhi.

Indonesia

· 60,500 tempat penginapan di Indonesia
· 39% pelancong memilih Alam Semula Jadi sebagai destinasi pilihan.

Jawa Barat

Pokok sakura di Taman Botani Cibodas berbunga dua kali dalam setahun. Musim berbunga pertama adalah di antara bulan Februari sehingga Mac, dan musim kedua di antara bulan Julai sehingga Ogos disebabkan oleh iklim dwi-musim di Indonesia. Nikmatilah penginapan berhampiran yang mewah di Le Eminence Puncak Hotel Convention and Resort yang menampilkan pemandangan pergunungan yang indah.

Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur

Jangan gusar jika anda tidak sempat untuk menyaksikan bunga-bunga sakura pada bulan Mac atau April di tempat lain. Anda juga boleh nikmati keindahan bunga-bunga ini pada bulan Oktober di Waingapu! Kepada mereka yang gemarkan kebudayaan setempat, kunjungilah kedai atau bengkel kain tenun ikat dan saksikan gelagat penjaja-penjaja bergerak yang menjual kain di sekitar bandar. Tempahlah percutian hujung minggu di Padadita Beach Hotel dan nikmati pemandangan laut dari teres kolam renang di sini.

Jepun

· 86,000 tempat penginapan di Agoda.com

Tokyo

Kawasan kejiranan Yanaka di Tokyo yang sering menjadi buah mulut di kalangan penduduk tempatan menawarkan peluang kepada para pelancong untuk mengenali dengan lebih dekat kebudayaan asli Jepun, di mana gaya hidup harian tradisional masih diamalkan oleh penduduk di sini. Keindahan bunga sakura di Taman Yoyogi dan Sungai Meguro sudah pastinya mempersonakan di musim bunga, tetapi jangan lepaskan peluang juga untuk menyaksikan bunga sakura di kawasan Perkuburan Yanaka yang ditanam dengan banyak pokok-pokok bunga tersebut. Menginaplah di LANDABOUT TOKYO, sebuah ruang moden yang dilengkapi oleh sebuah kafe dan terletak bersebelahan dengan stesen JR.

Yamanashi

Pada bulan April, tujulah ke Utara. Terokai laluan-laluan yang berselirat di mana anda boleh menyaksikan pemandangan bunga sakura yang berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Di siang hari, Taman Nagasaki adalah satu tarikan yang popular bagi penduduk tempatan untuk menikmati aktiviti hanami (menyaksikan bunga) di bawah pokok sakura yang berwarna putih dan merah jambu. Di waktu malam pula, beristirehatlah di Wajoen Ryokan yang mempunyai rumah mandi mata air panas, dan terletak berhampiran dengan kilang-kilang wain dan Takeda Shrine.

Korea

· 29,000 tempat penginapan di Agoda.com
· 33% pelancong memilih Alam Semula Jadi sebagai destinasi pilihan.

Seoul

Anda tidak perlu pergi jauh dari ibu kota untuk menyaksikan keindahan bunga sakura. Bersiar-siarlah di tepi tasik di Seoul Grand Park, atau kunjungilah istana-istana Seoul, di mana anda boleh nikmati pemandangan indah dan mengambil gambar bunga sakura sambil mempelajari sejarah dan seni bina Korea. Bermalamlah di Walkerhill Douglas House, yang dikelilingi oleh hutan dan direka untuk memberikan suasana yang tenang kepada para tetamunya.

Jeju

Jeju merupakan destinasi percutian Korea yang utama. Ia dipilih sebagai destinasi nombor satu untuk Tahun Baharu Cina 2021 dan destinasi kedua popular bagi Tahun Baharu 2020 menurut data tempahan Agoda. Di lewat bulan Mac, tempahlah penginapan di hotel baharu Hotel Seogwipean, sebuah hotel dengan gaya minimalis yang terletak berhampiran pusat bandar untuk menyaksikan keindahan bunga Pohon Sakura Raja Jeju (King Cherry Tree), yang mempunyai ukuran kelopak bunga yang terbesar di antara bunga-bunga sakura.

Philippines

· 22,000 tempat penginapan di Filipina.

Palawan

Bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih, aneka hidupan laut yang menakjubkan, dan Sungai Bawah Tanah di Puerto Princesa, Palawan juga menawarkan satu lagi tarikan yang luar biasa — bunga sakura Filipina yang tersendiri. Dikenali sebagai balayong atau Palawan Cherry, pokok-pokok ini menghasilkan bunga berwarna putih dan merah jambu pada bulan Mac sehingga April setiap tahun. Pokok-pokok ini telah ditanam oleh pihak kerajaan tempatan dengan tujuan untuk menghasilkan taman bunga sakura yang tersendiri. Nikmatilah percutian hujung minggu di Hotel Galija, yang juga merupakan hotel mesra haiwan peliharaan.

Cavite

Lebih hampir kepada Manila, Dasmariñas, Cavite juga mempunyai bunga-bunga yang menyerupai bunga sakura. Bunga merah jambu tersebut adalah dari Pokok Trompet — yang merupakan sepupu jauh kepada pokok bunga sakura Jepun. Bunga-bunga ini juga gugur dengan indah, dan melitupi persekitarannya dengan hamparan merah jambu. Nikmatilah percutian hujung minggu yang romantik di Mount Sea Resort, dengan bersantai di tepi kolam pada waktu tengah hari atau bersiar-siar pada waktu petang.

Taiwan

· 18,000 tempat penginapan di Taiwan
· Alam Semula Jadi adalah destinasi pilihan pertama bagi rakyat Taiwan berbanding dengan pasaran lain di dunia, di mana 35% pelancong memilih Alam Semula Jadi sebagai destinasi pilihan.

Taichung

Wuling Farm adalah destinasi paling popular untuk menyaksikan keindahan bunga sakura di Taiwan, dengan lebih daripada 20,000 pokok bunga sakura di sini. Dengan bermalam di Wuling Farm Guest House, para pelawat juga boleh menyertai lawatan sehari ke ladang tersebut untuk menikmati keindahan bunga-bunga sakura.

Nantou

Naikilah kereta untuk perjalanan hampir satu jam dari bandar Puli ke Kawasan Rekreasi Hutan Negara AOWANDA yang terletak di belakang Tadahan Air Wanda, yang juga merupakan tempat tinggal kepada puak orang asal Sediq dan Atayal. Di samping menyaksikan kemunculan bunga sakura dan kupu-kupu yang banyak di musim bunga, kunjungilah "Jambatan AOWANDA" yang menghubungkan kawasan hutan pokok pine dan persimpangan aliran utara dan selatan Sungai AOWANDA. Bermalamlah di Top Cloud Villa, Nantou untuk menyaksikan bintang-bintang di langit pada malam yang terang.

Thailand

· 65,000 tempat penginapan di Agoda.com
· 36% pelancong memilih Alam Semula Jadi sebagai destinasi pilihan.

Nakhon Pathom

Untuk menikmati keindahan bunga sakura Thailand, Chompoo Pantip, kunjungilah Universiti Kasetsart yang mempunyai lebih daripada 200 pokok bunga Chompoo Pantip. Pokok-pokok ini akan berbunga sepenuhnya setahun sekali pada bulan Mac/April, menjadikan pemandangan di jalan-jalan begitu indah dengan bunga-bunga merah jambu, membentuk laluan yang romantik dan mewarnai lanskap dengan kelopak merah jambu yang lembut. Akhiri hari anda dengan bermalam di RK Riverside Resort and Spa.

Phatthalung

Para pelancong yang tidak dapat menyaksikan bunga Chompoo Pantip, boleh menggantikan pengalaman tersebut dengan bunga teratai merah jambu di Thale Noi Waterfowl Reserve (Thale Noi, Phatthalung). Dikurniakan dengan keindahan alam semula jadi, kawasan rezab ini juga menjadi habitat kepada ratusan spesies unggas. Menginaplah di Sripakpra Boutique Resort dan nikmatilah kehijauan alam semula jadi dan keindahan flora di sini.

Vietnam

· 39,500 tempat penginapan di Vietnam
· 37% pelancong memilih Alam Semula Jadi sebagai destinasi pilihan.

Hanoi

Oleh kerana penutupan sempadan antarabangsa, percutian ke Jepun mungkin boleh digantikan dengan kampung Bunga Sakura Nhat Tan, di mana pokok-pokok sakura ditanam secara terancang oleh tukang kebun tempatan untuk menghasilkan warna merah jambu yang lebih gelap dan unik. Suasana musim bunga yang indah dan iklim yang lebih dingin menjadikan destinasi ini satu percutian yang menggembirakan dan jauh daripada kesibukan kota. Sofitel Legend Metropole mengalu-alukan kehadiran anda untuk satu percutian yang santai.

Da Lat

Dengan jumlah hampir 3000 pokok bunga sakura yang berwarna merah jambu, keindahan Da Lat yang dikenali sebagai Bandar Bunga adalah luar biasa pada musim bunga. Bunga-bunga ini adalah popular oleh kerana rupa bentuknya yang unik dan menyerupai lima daun pokok aprikot. Untuk menyaksikan pemandangan yang sangat indah, bersiar-siar di bandar tersebut ketika matahari terbit. Luangkan masa hujung minggu di Terracotta Hotel and Resort Dalat yang baru dibuka. Hotel ini juga mempunyai taman persendirian yang ditanam dengan pokok-pokok bunga sakura.

Ha Giang

Ha Giang merupakan sebuah tempat peranginan yang popular di kalangan pelancong asing dan juga tempatan disebabkan oleh keindahan alam semula pada musim bunga. Lanskap semula jadi bandar ini diwarnai oleh bunga sakura di jalan-jalan bersimpang-siur yang melalui Quan Ba, Yen Minh dan Meo Vac. Lokasinya di kawasan pergunungan menjadikan pemandangan di sini indah belaka. Menginaplah di Phoenix Hotel, yang terletak berhampiran dengan tarikan popular seperti Kampung Thon Tha.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA