ADVENTURE WATERPARK DIBUKA SEMULA DENGAN PENJIMATAN HEBAT


Berikutan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan di negeri Johor, Adventure Waterpark Desaru Coast telah membuka pintunya semula untuk orang ramai mulai 11 Mac 2021. 

Para penduduk dan pengunjung di wilayah selatan Malaysia berpeluang untuk bersuka-ria di salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia, dengan keluasan melebihi 25 ekar yang menampilkan lebih daripada 20 jenis permainan, gelongsor dan tarikan yang unik, sama ada basah atau kering.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Adventure Waterpark telah memperkenalkan tawaran pembukaan semula “Fun in the Sun”, di mana harga tiket sehari dipotong sehingga RM50 untuk semua kategori umur - kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas! Untuk mendapatkan tawaran hebat yang terhad ini, orang ramai digalakkan menempah tiket mereka dengan segera kerana kadar promosi ini sah sehingga 9 Mei 2021 sahaja. Namun begitu, tiket yang dibeli dalam tempoh ini hanya sah untuk kemasukan sekali sahaja sehingga 31 Disember 2021. Kadar promosi ini sah untuk pembelian di kaunter tiket, dan juga pembelian secara dalam talian di desarucoast.com.

Selain daripada menikmati harga tiket masuk ke Adventure Waterpark yang rendah, para pengunjung yang mendapatkan promosi “Fun in the Sun” juga berpeluang untuk mendapatkan tawaran yang lebih hebat di mana mereka akan dapat membeli tiket pendahuluan untuk kunjungan yang berikutnya dengan harga lagi murah, iaitu RM25 untuk satu tiket, RM40 untuk dua tiket dan RM50 untuk tiga tiket. Yang paling menarik, tiket pendahuluan ini adalah sah untuk ditebus sehingga akhir tahun 2021. Bagi mendapatkan tawaran ini, para pengunjung yang ke Adventure Waterpark perlu membeli tiket pendahuluan untuk kunjungan yang berikutnya sebelum meninggalkan taman tema air tersebut.


“Kami memahami bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan baru-baru ini adalah sesuatu yang menyulitkan. Namun begitu, dengan pelonggaran kawalan tersebut, kami tahu ramai yang sedang menunggu untuk keluar bercuti. Tambahan pula dengan cuaca panas yang sedang dialami dalam negara kita, salah satu cara yang terbaik untuk menyejukkan suasana adalah dengan membawa keluarga anda bercuti ke Desaru Coast dan Adventure Waterpark, lebih-lebih lagi dengan adanya tawaran hebat yang sukar untuk dilepaskan ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Pengurus Besar Adventure Waterpark.

Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua, Adventure Waterpark akan menerapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan bagi semua pengunjung dan kakitangan

“Kami akan berusaha sepenuhnya kerana keselamatan semua pihak ketika menikmati kemudahan dan tarikan di Adventure Waterpark adalah keutamaan kami,” tegas Shahrul.

Antara langkah-langkah keselamatan yang disediakan mengikut peraturan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah protokol ketibaan yang ketat bagi setiap pengunjung dan pelaksanaan kawalan penjarakan fizikal. Protokol kecemasan yang ketat juga akan dilaksanakan, sementara duta-duta taman akan ditempatkan di sekitar taman untuk membantu para pengunjung.


Langkah-langkah keselamatan lain yang disediakan adalah dengan sanitasi tarikan dan kemudahan taman secara berkala; kawalan kapasiti dan sanitasi bilik mandi dan tempat penyimpanan barang; penutupan bilik persalinan di kedai-kedai yang menjual pakaian; kawalan ketat dalam penyediaan dan penghidangan makanan dan minuman; dan pemeriksaan suhu badan bagi semua kakitangan dan pengunjung. Adventure Waterpark juga menggalakkan pengunjung untuk membuat pembayaran secara elektronik dan menggunakan e-dompet ketika berada di dalam taman tema.

Adventure Waterpark adalah umpama “permata tersembunyi” di Desaru Coast, Johor yang dirancang untuk menjadi sebuah destinasi peranginan baharu dan berintegrasi di Malaysia dengan portfolio yang merangkumi hotel antarabangsa, tempat peranginan dan tarikan pelancong. Taman tema air ini berlatarbelakangkan sebuah perkampungan nelayan tradisional Malaysia, di mana para pengunjung boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan yang unik, sesetengahnya tidak terdapat di tempat lain di negara ini, seperti water coaster pertama di rantau ini.

Untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran hebat ini, sila layari www.desarucoast.com atau hubungi talian +607-878-3828 / +607-878-3800.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI