TEROKAI DUNIA KOPI BERSUSU BERSAMA NESPRESSO



Seramai tiga perempat daripada penggemar kopi di seluruh dunia menikmati minuman kegemaran mereka bersama susu. Nespresso - peneraju dalam sajian kopi melancarkan sebatian terbaharunya yang dihasilkan khas untuk digandingkan dengan sempurna bersama susu. 

Dengan menggunakan pendekatan baharu dalam penghasilan kopi, Nespresso telah mengambil tempoh enam tahun untuk mengkaji interaksi antara kopi dan susu untuk menghasiklan rangkaian kopi susu, KOLEKSI BARISTA. 

Pasukan pembangunan Nespresso telah bereksperimentasi dengan 18 jenis asalan kopi dari seluruh dunia dan telah memberi fokus terhadap teknik-teknik memanggang dan mengisar untuk menghasilkan kopi susu yang sempurna di rumah dengan menggunakan mesin susu Nespresso. 

Di sebalik adunan

“Usaha untuk mencari sajian kopi bersusu yang seimbang diilhamkan oleh kerja tangan barista professional dan juga melalui antisipasi dan motivasi para pelanggan dalam menikmati kopi bersusu,” ujar Karsten Ranitzsch, Ketua Kopi Nespresso.

Beliau menambah: “Sehubungan itu, pakar-pakar Kopi Nespresso kami telah berunding bersama para pengguna dan tidak mengejutkan bahawa setiap individu mempunyai pilihan dan cara berbeza dalam meminum kopi susu. Setelah mendapat pemahaman yang menyeluruh dengan mengambil kira kepelbagaian maklum balas yang diterima, kami mula membangunkan sebatian kopi baharu yang direka secara spesifik untuk dinikmati bersama susu. 

“Pasukan kami, yang terdiri daripada pemanggang kopi, pakar penderiaan, barista profesional, ahli saintis makanan serta jurutera, telah memulakan kajian terhadap interaksi antara kopi dan susu bagi menghasilkan adunan kopi bersama susu yang paling unggul.”

Daripada 18 asalan kopi berbeza, kira-kira 20,000 sajian cappuccino telah diuji dan lebih 120 prototaip kopi dihasilkan. Melalui ujian-ujian yang sofistikated, pakar-pakar terlibat telah melangkaui sempadan panggangan dan pengisaran dalam usaha untuk mencari ciri-ciri penting yang memadankan kopi bersama susu. Hasilnya, rangkaian kopi tetap baharu Nespresso, KOLEKSI BARISTA, direka khas untuk sajian kopi bersusu.

KOLEKSI BARISTA: Rangkaian Kopi Tetap Baharu

Bagi mereka yang inginkan kepahitan, keasidan, rasa dan aroma yang menyerlah dalam hidangan kopi susu, rangkaian KOLEKSI BARISTA Nespresso merupakan pilihan sempurna.

Direka untuk memenuhi segenap cita rasa, setiap hasil karya Nespresso ini telah dihasilkan berdasarkan pandanan uniknya bersama susu. Daripada cortado kecil hingga ke cappucino yang lebih besar, pelbagai resepi mampu dihasilkan. 

Rangkaian tersebut disediakan menerusi sistem kapsul Asli dan telah diuji dengan teliti bagi memastikan ia menghasilkan resepi susu sempurna bagi setiap hidangan. Ia juga boleh digandingkan dengan susu alternatif berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti susu oat dan soya.

Oleh itu, setiap penggemar kopi kini berpeluang untuk menonjolkan daya kreatif mereka dan menjadi barista tersendiri di rumah. 

Rangkaian Kopi Asli KOLEKSI BARISTA
  • Chiaro (bermaksud “cerah” dalam bahasa Itali) – yang diilhamkan oleh barista-barista di Brooklyn, terdiri daripada resepi kopi dan susu yang lembut dan manis. Dengan panggangan pada suhu yang rendah (client to confirm), ia memaparkan rasa not-not karamel dan biskut manis apabila susu ditambah ke dalam kopi. Oleh itu, nikmatilah kelazatan Cappuccino manis. 
  • Scuro (bermaksud “gelap” dalam bahasa Itali) – diinspirasikan oleh barista-barista di Melbourne. Scuro memaparkan keseimbangan sempurna antara susu dan kopi. Profil rasanya menyerlah, dipanggang dan seimbang apabila dicampur bersama susu. Pastikan anda menghasilkan Intenso Cappuccino. 
  • Corto (bermaksud “pendek” dalam bahasa Itali – diilhamkan oleh barisan-barista dari Sepanyol. Corto mempunyai rasa yang kuat dan manis untuk resepi-resepi dengan sedikit campuran susu. Kopi ini amat pekat, berempah, dengan aroma panggangan yang gelap apabila diminum bersama susu. Ideal dalam menghasilkan minuman Cortado Tradisi Sepanyol. 

Mesin Susu Nespresso: Bagi Segala Resipi Kopi Susu Anda

Rangkaian kopi tetap baharu ini merupakan gandingan sempurna bagi mesin susu Nespresso yang direka untuk menyerlahkan pengalaman menikmati kopi bersusu.

Mesin Latissima Nespresso menawarkan kemudahan terbaik bagi menikmati pelbagai sajian kopi dan susu di rumah dengan hanya satu sentuhan butang. Bersama kepakaran kopi Nespresso dan sistem venturi mesin berkenaan, peminat kopi bersusu berupaya menghasilkan buih-buih susu bagi sajian kegemaran mereka. 

Kini, semua penggemar kopi boleh menjadi barista di kediaman mereka melalui mesin Creatista Nespresso. Melalui mesin-mesin ini, ia menjadi lebih mudah untuk menghasilkan kopi dengan Seni Latte yang asli dan berkualiti tinggi menerusi kepakaran paip stim yang berinovatif dan automatif Breville. Mesin-mesin versatil ini mempunyai tetapan untuk volum kopi, suhu susu dan tekstur susu yang boleh dilaras.


Kempen Terokai Dunia Bersusu Nespresso bermula pada 22 April dan boleh didapati di Butik Nespresso The Gardens Mall (Aras 1), gedung pop-up Nespresso di pusat beli-belah 1 Utama (Old Wing Centre Court) dan Gurney Paragon, Pulau Pinang (Aras Bawah). 

Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan Nespresso di talian 1800 80 7001 dan secara eksklusif di Malaysia, melalui dalam talian www.nespresso.com.my




Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI