JOM BERKONGSI SECAWAN KASIH SEMPENA AIDILFITRI INI



Segala kebaikan di dunia ini adalah untuk dikongsi bersama. Kita boleh mengambil contoh seperti senyuman, Wi-Fi berkelajuan tinggi, malah sebiji burger yang enak. Namun, apa yang pasti, senarai ini tidak lengkap tanpa secawan yogurt sejuk beku llaollao. 

Malah, manfaat yogurt sejuk beku adalah jauh melebihi kelazatannya. Ia adalah hidangan berkhasiat yang membawa keriangan sehingga anda tidak menyedari sesudu demi sesudu yang anda nikmati. 

Berikut adalah senarai pendek manfaat-manfaat yogurt sejuk beku, terutamanya apabila anda berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan: 

Ia penuh dengan probiotik 
  • Mudah dihadam, menjadikannya sesuai sebagai hidangan berbuka puasa 
  • Mencegah nafas berbau (Fakta ini telah disahkan oleh International Association for Dental Research, Baltimore, Baltimore, Amerika Syarikat) 
  • Penuh dengan khasiat (tinggi pada kalsium, rendah pada kalori) 
  • Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang 
  • Merangsang selera anda apabila ditambah “crunches” yang ranggup serta sos yang enak 
  • Dan akhir sekali, rasa llaollao yang LAZAT! 


Bagi menyebarluaskan manfaat-manfaat terkandung dalam llaollao pada perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, Woodpeckers Group Sdn Bhd akan melancarkan kempen "Secawan Kasih, Sedekah Budi". Woodpeckers Group adalah syarikat pengurusan di sebalik hidangan/snek/pencuci mulut (llaollao sesuai dinikmati bila-bila masa!) yang lazat ini. 

Berdasarkan konsep Pay It Forward, para pelanggan adalah digalakkan untuk membuat menyumbang satu cawan kecil llaollao kepada golongan anak-anak yatim. 

"Harga secawan kecil adalah RM3.50. Ia mungkin sumbangan kecil tetapi ia amat bermakna. Selepas kempen ini tamat, trak-trak llaollao akan melawat rumah-rumah anak yatim terpilih untuk menghidangkan yogurt sejuk beku secara percuma. 

"Sekiranya tidak mencukupi, pihak kami akan menambah lagi supaya tiada kanak-kanak ketinggalan dari menikmati kelazatan llaollao yang penuh khasiat," kata Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd. 

Rumah-rumah anak yatim yang telah dipilih ialah Yayasan Anak-anak Yatim TTDI, Rumah Aman Sungai Buloh and Rumah Anak Yatim Perkim Kedah. 

Kempen ini akan berlangsung dari 26 April sehingga 3 Jun 2019 menerusi penglibatan lapan outlet llaollao. Outlet-outlet terbabit adalah: 
  1. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur 
  2. KLCC Mall, Kuala Lumpur 
  3. Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 
  4. Melawati Mall, Kuala Lumpur 
  5. Eco Ardence Lab, Shah Alam 
  6. One Utama, Petaling Jaya 
  7. IOI City Mall, Putrajaya 8) Aman Central, Alor Setar 
"Sekiranya kempen ini mendapat sambutan memberangsangkan, kami akan meluaskan kempen ini kepada rumah-rumah anak yatim lain agar lebih ramai kanak-kanak dapat menikmati kebaikan llaollao. 

"Kami juga menggalakkan para pelanggan untuk menulis ucapan Hari Raya Aidilfitri pada cawan-cawan kami, supaya ucapan perayaan mereka sampai kepada kanak-kanak ini kelak," kata Tan lagi. 

Ayuh! Apa yang anda tunggu lagi? Jom ke llaollao untuk menikmati secawan yogurt sejuk beku yang serba lazat dan berkhasiat, dan sekaligus menyebarkan keriangan bersama pada Hari Raya Aidilfitri. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!