FARRA BEAUTY LANCAR TAMAR MILKSHAKE & BREAKOUT SERUM



Syarikat kosmetik yang bepengakalan di Kota Bharu, Kelantan, Farra Secret Beauty Sdn. Bhd. telah melancarkan dua produk baru – Tamar Milkshake dan Breakout Serum secara serentak dalam satu majlis yang diadakan di Ampang Glasshouse baru-baru ini. 

Majlis pelancaran produk tersebut telah disempurnakan oleh pengasas Farra Beauty, Puan Farra Fareez dan diiringi oleh dua tetamu jemputan khas iaitu Instafamous Ameera Khan (Little Miss Khan) dan pelakon Fatin Affeefa. 

Farra Fareez

Bakal berada di pasaran tidak lama lagi sempena bulan Ramadan, Tamar Milk Shake bukan sahaja sedap diminum, ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kurma adalah sejenis buah yang kaya denga zat besi, kalsium, fosforis, sodium, potassium, vitamin A dan C dan banyak lagi. Ia adalah makanan kegemaran di bulan Ramadan kerana ia adalah pemberi tenaga kepada badan. 


Didatangkan dalam bentuk serbuk di dalam sachet, Tamar Milkshake mudah disediakan – hanya perlu dicampur air panas, kacau dan diminum. Ia juga enak untuk dinikmati dengan ais. 

Susu Kurma ini diperbuat daripada serbuk susu, ekstrak kurma, serbuk kurma, ekstrak tomato, Vitamin C, glutathione, gula dan krimer. 


Tamar Milk Shake ini adalah sesuai untuk semua peringkat umur termausk ibu-ibu mengandung. 

Harga sekotak Tamar Milk Shake (15 sacher x 25g) adalah RM59.90 (SM) dan 64.90 (SS). 



Turut dilancarkan dalam majlis yang sama adalah produk penjagaan kulit berasaskan epal hijau, BreakOut Serum. 

Ramuan aktif dalam BreakOut Serum adalah ekstrak ginseng merah, ekstrak epal hijau, glutathione, niacinamide, hyaluronic Acid dan Hydrolysed Collagen. Ia dikatakan berkesan untuk menyerikan kulit kusam dan kering, menghilangkan masalah kulit berminyak, mengecilkan liang pori-pori, mengecutkan jerawat dengan cepat, mengurangkan bekas-bekas jerawat & flek hitam, membuat struktur kulit lebih anjal serta melembapkan kulit muka. 

Di samping itu juga, BreakOut Serum ini boleh menyamarkan kedutan pada muka hingga leher dan mencegah penuaan semulajadi. Hasilnya adalah kulit muka yang lebih bersinar, halus dan cerah. 

Serum BreakOut (20ml) dijual dengan harga RM80 (SM) dan RM95 (SS)


Untuk maklumat lanjut, sila layari

Laman Facebook: https://www.facebook.com/farrabeautyofficial
Laman Instagram: https://instagram.com/farrabeauty_HQ
Whatsapp: +60139450220

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI