MINGGU MUZIK MALAYSIA BAKAL BERGEMA SEPTEMBER INI



Minggu Muzik Malaysia (MMM) merupakan sambutan muzik tempatan Malaysia selama seminggu dengan edisi sulungnya akan diadakan di Kuala Lumpur dari 9 hingga 15 September. MMM menyediakan platform untuk menghubungkan orang ramai, jenama dan perniagaan dengan tujuan untuk mewujudkan sokongan yang kukuh antara satu sama lain menerusi muzik. MMM 2019 telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang dan disaksikan oleh jenama tempatan dan organisasi di Malaysia. 

MMM 2019 disokong oleh Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Branding Association of Malaysia, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Malaysia Books of Records dengan kerjasama AirAsia Big, Travel360.com, Astro Radio, FAVE, 8excite, Potboy dan lain-lain lagi. 

Pengerusi Penganjur MMM 2019 Sylvester Fan berkata: “MMM merupakan sokongan terhadap semua jenama-jenama tempatan; tiket konsert boleh dibeli, walau bagaimanapun, para pengguna digalakkan untuk membeli produk-produk daripada rakan kongsi kami dan pembeli dengan perbelanjaan tertinggi akan diberikan tiket konsert, dua juta mata AirAsia BIG dan hadiah-hadiah menarik yang lain. Sasaran kami pada tahun ini adalah untuk membantu jenama-jenama rakan kongsi kami untuk meningkatkan hasil jualan sebanyak RM50 juta. Jenama tempatan yang berminat boleh menghubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara untuk menjadi rakan kongsi kami.” 

Mengenai inspirasi beliau tentang penubuhan MMM, Fan berkata “Industri muzik tempatan sangat mencabar bagi para artis dalam meraih pengiktirafan kerana platform yang boleh membantu menghubungkan warga Malaysia dengan semua artis di negara ini adalah terhad. Kami berhasrat untuk mewujudkan platform yang mampan bagi menghubungkan orang ramai dan perniagaan supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.” 

Berikutan pelancaran itu, beberapa siri aktiviti secara atas talian dan luar talian yang menuju kepada konsert akhir di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur – Bukit Bintang. Pertarungan Bakat (Battle of Talents) merupakan antara aktiviti yang membolehkan para pemuzik mempersembahkan lagu-lagu asal dalam pelbagai genre untuk menunjukkan bakat mereka. 

Antara aktiviti-aktiviti luar talian (offline) termasuk kerjasama dengan AirAsia BIG dalam sebuah pengalaman muzikal yang tidak akan dilupakan dan juga bersama rakan kongsi di pusat beli-belah di sepanjang kawasan Bukit Bintang dan Segitiga Emas. 

Ahli Parlimen Bukit Bintang YB Tuan Fong Kui Lun berkata: “Saya sangat teruja dengan semua aktivitiaktiviti yang akan dilaksanakan oleh MMM. Ia merupakan sebuah idea perintis yang mampan yang akan mempromosikan jenama dan bakat muzik tempatan pada masa yang sama. Bukit Bintang terkenal sebagai destinasi yang sentiasa menyumbang kepada bidang pertumbuhan ekonomi, ini akan membantu memacu pertumbuhan Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada MMM 2019 kerana memilih Bukit Bintang sebagai lokasi bagi konsert akhir.” 

Aktiviti yang paling dinantikan adalah konsert akhir yang menampilkan artis-artis seperti Faizal Tahir, Hujan, Ella, Rabbit Mac, Fuying & Sam, Priscilla Abby dan Denis Lau yang akan mempersembahkan dan memberi keterujaan kepada penonton ketika konsert akhir tersebut. 

Untukmaklumat lanjut, sila layari: 


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI