LAZADA ANJUR PERAGAAN FESYEN LAZADA STYLE UNTUK RAYA
Platform
e-dagang dan destinasi gaya hidup terkemuka di Malaysia, Lazada Malaysia bakal
melancarkan kempen Raya selama sebulan dengan pertunjukan fesyen LazAda Style secara penstriman langsung
pada 24 April 2019. Pembeli-belah dapat menonton pertunjukan fesyen secara
langsung melalui aplikasi Lazada dan di samping itu boleh terus membeli-belah
ketika model-model sedang berjalan memperagakan rekaan di pentas peragaan.
Acara
tersebut bukan sahaja menampilkan label-label tempatan seperti Fazbulous oleh
Fazura, Mawarred, dan Rumah Kebaya Bangsar, tetapi juga persembahan daripada
penyanyi-penyanyi popular, iaitu Dayang Nurfaizah, De Fam dan Aisyah Aziz.
Ketua
Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkongsi keterujaannya mengenai kempen
ini. “LazAda Style adalah bukti keupayaan
teknologi dan komitmen kami untuk membawa pengalaman ‘shoppertainment’ kepada
pelanggan kami. Selain itu, ia turut mencerminkan tabiat pembeli-belah di
Malaysia yang semakin berubah di mana mereka meminta kandungan dan pengalaman yang
lebih interaktif dan boleh diakses menerusi telefon pintar di mana mereka
berada.”
Pertunjukan
fesyen LazAda Style merupakan acara
pembuka tirai bagi kempen Lazada selama sebulan, bermula dengan Women’s Fest pada 25
April 2019. Sementara menyaksikan aksi model-model di pentas peragaan, produk-produk
yang dipakai mereka akan dipaparkan di bahagian bawah skrin. Dengan menyentuh
‘pop-up’ tersebut, anda akan dibawa ke laman produk, di mana anda boleh
menambah produk itu ke dalam kart tanpa meninggalkan rancangan penstriman
langsung. Checkout pada tengah malam
apabila Women’s Fest bermula dan akan
berlangsung selama 24 jam.
Para
pembeli-belah juga boleh melihat semua produk yang akan diperagakan di pentas
peragaan dengan menekan ikon beg beli-belah di hujung kiri bawah skrin.
Jemputlah rakan-rakan anda untuk menikmati penstriman siaran langsung ini
dengan menekan ikon ‘Share’ serta berborak-borak dengan penonton lain melalui
ciri ‘Live Chat’.
Dengan pertunjukan
fesyen yang pertama seumpama ini, Lazada berusaha memberi nafas baharu kepada
e-dagang di Malaysia, memacu pengalaman yang interaktif lagi menghiburkan bagi pembeli-belah
melalui ‘shoppertainment’.
Comments
Post a Comment