SYAMEL & ERNIE DIPERTEMUKAN SEMULA DALAM "TAKKAN TERLERAI"



Syamel dan Ernie Zakri bukanlah nama asing lagi dalam industri muzik tempatan. Gandingan mantap dua orang vokalis hebat ini telah melayakkan mereka berdua menyandang gelaran ‘Vokal Terbaik’ dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu pada tahun 2018 yang lalu. Semenjak kemenangan itu, mereka berdua sering dikaitkan bersama dan setiap kolaborasi mereka pasti ditunggu peminat sejagat.

Keserasian ini sekali lagi mempertemukan mereka berdua dalam sebuah lagi karya hebat berjudul ‘ Takkan Terlerai ‘. Lagu ini menjadi taruhan terbaru buat pasangan duet ini.


Lagu hasil gubahan pemenang tempat ketiga AJL 2019, Sharon Paul ini dicipta khas agar bersesuaian dengan gaya nyanyian pasangan duet hebat ini, yang juga selari dengan permintaan pasaran sekarang.

Lebih menarik lagi, liriknya pula mendapat sentuhan Fedtri Yahya dan juga dibantu oleh Syamel dan Ernie Sendiri.


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ” Sebelum ini banyak permintaan yang meminta untuk kita cepat-cepat keluarkan lagu duet Syamel & Ernie Zakri kerana mereka tidak puas hanya dengan satu lagu. Tapi kita dari pihak pengurusan tidak mahu tergesa-gesa mengeluarkan lagu baru kerana pertaruhannya cukup tinggi. Jadi kita mengambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah ‘Takkan Terlerai’ dan saya yakin lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan untuk semua pencinta muzik ”


Lagu ‘Takkan Terlerai’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 

Comments

Popular posts from this blog

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER