KARAVAN HIT&EAT - STREET FOOD YANG ENAK DAN BERSIH



Terletak dengan strategik di luar pintu B, stesen MRT Taman Mutiara, gerai karavan Hit&Eat memperkenalkan konsep baru dalam penyediaan dan penjualan makanan. Ia menawarkan makanan “street dining” yang premium dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Team FemagOnline berpeluang meninjau lokasi Hit&Eat di Taman Mutiara, Cheras, salah satu daripada empat lokasi Hit & Eat. Tiga lokasi yang lain adalah di Solaris Mont Kiara, Jalan Changkat, One Seri Petaling.


Tidah sukar untuk mencari karavan Hit&Eat. Badan karavan dihiasi dengan pelbagai hiasan mengikut konsep antarangsa yang menarik perhatian.

Food caravan atau gerai makanan karavan bukan sesuatu yang baru di negara-negara di Eropah. Ia berbeza berbanding dengan food truck atau gerai trak makanan yang lain. Karavan adalah badan gerabak beroda yang ditarik oleh kenderaan. Ia boleh diletakkan di lokasi yang sesuai, mengambil hanya keluasan dua tempat letak kereta standard. 


Karavan makanan tidak mempunyai enjinnya sendiri dan tidak menggunakan enjin kenderaan untuk menyediakan makanan seperti food truck. Jadi makanan yang disediakan adalah lebih terjamin dan bersih.


Dengan slogan “Taste Your Dream on A Budget”, Hit & Eat menawarkan “hygienic street food” atau makanan jalanan yang bersih dengan pemantauan kualiti penyediaan makanan berstatus 5 bintang di kilang penyediaan berpusat di Puchong. 


Apa yang penting bagi pelanggan-pelanggan Hit&Eat adalah mereka tidak perlu membazirkan masa sekiranya menjamu selera di restoran atau kafe, berbanding di karavan hanya dari tiga hingga lima minit. Ia menampilkan konsep yang sangat efisien dalam penyediaan makanan panas oleh chef di hadapan mata dalam tempoh singkat, namun mengekalkan kualiti rasa.


Antara makanan yang popular di Hit&Eat, Taman Mutiara adalah Burger Daging dan Burger Ayam Nashville yang dihidangkan dengan kentang goreng dan minuman sejuk. 

Senarai harga makanan. Berpatutan, kan?

Pelanggan juga boleh memuat-turun aplikasi Hit&Eat daripada Goggle Play Store atau Apple Store untuk mencari lokasi karavan Hit&Eat yang berhampiran mereka dan mendapatkan berita terkini, penghantaran, pick-up dan sebagainya.

Karavan Hit & Eat juga boleh disewa untuk catering majlis keramaian seperti pekahwinan, rumah terbuka dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut,
Laman web Hit & Eat: www.hitandeat.com.my
Laman Facebook: https://www.facebook.com/hitandeat/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/hitandeat/


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA