8 DESTINASI PERCUTIAN MENARIK UNTUK PENCINTA BUKU
Buku bukan sahaja boleh membawa anda ke tempat-tempat yang baharu dan mengujakan, malah juga membawa anda ke alam-alam baharu. Sempena Hari Buku Sedunia (23 April 2019) ini, Agoda akan membawa anda untuk perjalanan kesusasteraan yang tiada tolok bandingnya. Semasa percutian anda yang seterusnya, jejakilah asal-usul beberapa penulis kegemaran anda dengan melawati tempat asal mereka — tempat karya agung mereka diilhamkan.
Berikut adalah beberapa tempat yang wajib dikunjungi untuk pencinta buku di sekitar Asia…
1. Kobe, Japan
Sasterawan: Haruki Murakami
Karya penting: “Kafka on the Shore” dan “1Q84” terbitan Shinchosha
Tempat menarik: Ikuta Shrine, Arima Onsen, Jambatan Akashi-Kaikyo
Murakami dibesarkan di Kobe, sebuah kota yang menjadi latar belakang kepada beberapa buah karya beliau, seperti novel sulung yang berjudul “Hear the Wind Sing”. Karya Murakami menampilkan unsur surealisme, seringkali dengan tema melankolia yang dibayangkan oleh kedamaian tempat-tempat pemujaan dan keindahan alam semula jadi di kota pinggir pantai ini. Hayati sisi Kobe yang minimalis apabila anda menginap di Arimakoyado Hataya Ryokan.
2. Camarines Norte, Filipina
Sasterawan: Ricky Lee
Karya penting: “Para kay B” terbitan Philippine Writers' Studio Foundation
Tempat menarik: Kepulauan Calaguas, Pulau Apuao Grande, Pantai Bagasbas
Hasil kerja Ricky Lee bukan sahaja dalam penulisan novel “Para kay B”, malah ia merangkumi penulisan skrip filem dan teater. Beliau pernah menghasilkan karya untuk pengarah Filipina yang tersohor seperti Lino Brocka dan Ishmael Bernal serta menerbitkan sebuah buku panduan skrip filem yang berjudul “Trip to Quiapo” yang kini telah menjadi sebuah rujukan utama bagi kolej-kolej bidang komunikasi di Filipina.
Kunjungi tempat kelahiran Lee - Camarines Norte di wilayah Bicol di Filipina dan nikmati pantai-pantai yang indah di Pulau Apuao Grande dan gugusan pulau Calaguas. Menginaplah dengan selesa di One Platinum Hotel ketika bercuti di sana.
Jika anda di Amerika, kunjungilah…
3. New York, USA
Sasterawan: Jenny Han
Karya penting: “To All the Boys I’ve Loved Before” terbitan Simon & Schuster
Tempat menarik: Bangunan Empire State, Statue of Liberty, Jambatan Brooklyn, Broadway
Walaupun Han berasal dari Virginia, New York adalah tempat kerjayanya sebagai penulis novel cereka berkembang. Buat tempahan di pangsapuri Jun New York Midtown III yang selesa untuk berehat selepas penat bersiar-siar di kota ini.
4. Aracataca, Colombia
Sasterawan: Gabriel García Márquez
Karya penting: “One Hundred Years of Solitude” terbitan HarperCollins, “Love in the Time of Cholera” terbitan Penguin Classics
Tempat menarik: Casa Museo, Casa del Telegrafista
Perbandaran Aracataca dibina di sepanjang sungai dengan nama yang sama dan ia juga merupakan tempat kelahiran pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Gabriel García Márquez. Kampung Macondo di dalam karya agung García Márquez, “One Hundred Years of Solitude” adalah ditulis berdasarkan Aracataca. Jelajahi rumah kelahiran García Márquez yang kini telah dijadikan muzium dan Casa del Telegrafista, serta bermalamlah di rumah menawan Agoda di Parque Los Novios di kota berhampiran Santa Marta, di mana anda juga boleh melawati Tayrona National Natural Park yang terkenal di Colombia.
Jika anda menjelajah ke Eropah, pertimbangkan untuk melawat…
5. Edinburgh, Scotland
Sasterawan: J.K. Rowling
Karya penting: Siri “Harry Potter” terbitan Bloomsbury
Tempat menarik: Edinburgh Castle, The Royal Botanic Gardens, Dynamic Earth, Underground Edinburgh, The Scotch Whisky Experience
Ayuh! Potterheads. Walaupun Rowling dilahirkan di Yates, England, beliau banyak meluangkan masa di Edinburgh dan kebanyakan buku-buku Harry Potter ditulis di sana. Kunjungilah kafe-kafe yang dikatakan pernah dikunjungi oleh beliau untuk tujuan menulis dan daftar masuk ke Radisson Collection Hotel, Royal Mile Edinburgh.
6. Florence, Itali
Sasterawan: Dante Alighieri
Karya penting: “The Divine Comedy” dan “Vita Nuova” terbitan Penguin Classics
Tempat menarik: Gereja Santa Margherita dei Cerchi (gereja Dante), Ponte Vecchio, Piazza della Signoria dan Loggia dei Lanzi
Tempat bangkitnya era Renaissance, Florence merupakan ibu kota kebudayaan Itali, dan juga tempat penyajak Dante bertemu dengan kekasihnya, Beatrice - sumber inspirasi kepada karya agungnya termasuk “Vita Nuova” dan “The Divine Comedy”. Kunjungi Kota Tuscan yang romantis dan mungkin anda akan bertemu dengan buah hati anda di sana!
Domux Home Repubblica menawarkan penginapan yang menggabungkan gaya hidup moden dengan pesona klasik Itali.
Dan jika anda bercuti ke Timur Tengah, jangan lupa masukkan tempat-tempat ini ke dalam jadual perjalanan anda …
7. Istanbul, Turki
Sasterawan: Orhan Pamuk
Karya penting: “Snow” dan “The Museum of Innocence” terbitan Faber & Faber
Tempat menarik: Museum of Innocence, The Blue Mosque, Hagia Sophia Museum
Pamuk telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 2006 dan turut diraikan sebagai pemenang Hadiah Nobel yang pertama dari Turki. Hasil karya beliau banyak menampilkan kebudayaan dan politik Turki. Beliau juga telah mengasaskan Museum of Innocence berdasarkan novelnya dengan nama yang sama. Untuk penginapan Turki yang menarik, tempahlah bilik anda di Fer Hotel.
8. Dubai, United Arab Emirates
Sasterawan: Mohammad Al-Murr
Karya penting: “Dubai Tales” dan “The Wink of the Mona Lisa” terbitan Motivate Publishing
Tempat menarik: Burj Khalifa, Palm Jumeirah
Anak kelahiran Dubai, Mohammad Al-Murr pernah memenangi anugerah penulis cerita pendek dan menerbitkan lebih sepuluh himpunan cerpen. Kompilasi “Dubai Tales” menampilkan kisah kehidupan di Dubai yang mengikuti arus fikiran moden dan perasaan bangga terhadap tradisi negara tersebut. Pangsapuri indah 2BR di The Residences by Emaar menampilkan pemandangan Menara Burj Khalifa yang setinggi 828 meter dan merupakan pilihan penginapan yang sempurna untuk percutian anda di Dubai.
Comments
Post a Comment