U MOBILE TAWAR JAMINAN PULANGAN WANG UNTUK KEMPEN #UCUBATRY



Sejak tahun lalu, U Mobile telah memperluaskan rangkaian 4G baharunya yang telah dipertingkatkan dengan pantas di seluruh Malaysia. Dalam hanya setahun, syarikat telekomunikasi terkemuka ini telah menambahkan lebih 2,000 tapak 4G baharu. 

Maka hari ini, 9 daripada 10 penghuni di Semenanjung Malaysia berpeluang menikmati rangkaian 4G U Mobile. Bagi membuktikan keyakinan terhadap rangkaiannya, U Mobile kini menawarkan para pelanggan peluang untuk mencuba rangkaiannya selama tempoh 7 hari melalui Kempen Jaminan Wang Dikembalikan #UCubaTry. 

Bagi menikmati #UCubaTry, pelanggan hanya perlu berkunjung ke mana-mana stor atau cawangan U Mobile untuk membuat pendaftaran. Percubaan Jaminan Wang Dikembalikan 7 hari membolehkan para pelanggan menikmati pelbagai tawaran pelan pascabayar Unlimited HERO P99 yang hebat. 

Melalui pelan tersebut, para pelanggan dapat menikmati penstriman, perbualan, permainan dan rangkaian media sosial tanpa had, kerana data yang dibekalkan adalah tanpa had dan batas kelajuan. 

Tambahan pula, para pelanggan juga boleh menikmati panggilan tanpa had serta data 30GB untuk hotspot mudah alih selama 7 hari. U Mobile yakin bahawa Kempen Jaminan Wang Dikembalikan #UCubaTry merupakan cara terbaik untuk membolehkan para pelanggan mengalami rangkaian 4G baharu yang telah dipertingkatkan. 

Dalam ucapan pelancaran, Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, berkongsi bahawa Kempen Jaminan Wang Dikembalikan #UCubaTry merupakan satu pencapaian yang amat bermakna buat U Mobile. 

“U Mobile sentiasa memperkasa pelanggan untuk mencapai potensi sebenar mereka. Dalam beberapa tahun lalu, kami telah mencapai pertumbuhan yang begitu pantas, seiringnya rangkaian kami mesti mengembang juga. Dalam masa setahun, kami berjaya menambahkan lebih 2,000 tapak 4G baharu yang telah dipertingkatkan di Malaysia. Malah, kami akan melancarkan lebih banyak tapak baharu dalam beberapa bulan yang akan datang.” 

Tambah beliau, rangkaian 4G baharu yang telah dipertingkatkan hanya akan membawa manfaat jika para pelanggan berpeluang menikmati manfaat penuhnya. 

“Satu rangkaian hanya boleh dikatakan baik jika pelanggan dapat menikmati manfaat penuhnya. Justeru itu, kami telah melancarkan kempen Jaminan Wang Dikembalikan #UCubaTry. Melalui kempen ini, kami berharap setiap individu dapat menikmati penstriman, permainan dan perbualan tanpa had selama 7 hari, serta mengalami bagaimana rangkaian kami telah dinaik taraf, dan bagaimana ia mampu memenuhi keperluan digital mudah alih mereka. Kami sangat yakin bahawa ia akan memberikan satu pengalaman positif, dan inilah sebabnya kami memberi jaminan wang dikembalikan.” 

Selain percubaan rangkaian Jaminan Wang Dikembalikan 7 hari, kempen #UCubaTry turut merangkumi dua lagi promosi hebat yang menonjolkan keupayaan rangkaian U Mobile. 

Bermula hari ini, pelanggan yang mendaftar untuk pelan pascabayar tanpa had seperti Unlimited HERO P79, P99 atau P139 akan berpeluang membeli telefon pintar menarik seperti iPhone 6s 32GB, Oppo F11 Pro dan Samsung Galaxy A20, A30 dan A50 dengan hanya RM 0.99, sekaligus menjadikannya salah satu tawaran hebat dalam pasaran hari ini. 

Dalam kempen ini, para pelanggan yang mengalihkan nombor mereka kepada pelan pascabayar U Mobile Unlimited HERO P99 dan P139 akan menikmati rebat RM120 untuk yuran bulanan mereka selama satu tahun sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. 

Pelan pascabayar Unlimited HERO P99 merangkumi data tanpa had, panggilan tanpa had, perantauan 3GB di 12 negara terpilih, serta 30GB untuk hotspot mudah alih, manakala Unlimited P139 pula merupakan antara pelan pascabayar dengan nilai terbaik di pasaran, berbekalkan data berkelajuan tinggi tanpa had, penstriman video HD tanpa had, 50GB untuk hotspot mudah alih, dan 3GB data perantauan percuma di lima buah benua pada harga RM139 sahaja. 

Kempen #UCubaTry akan dilancarkan pada hari ini di semua stor dan cawangan U Mobile. Untuk maklumat lanjut, sila layari u.my/ucubatry

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING