BAZAAR RAYA KL @ PWTC TAMPILKAN LEBIH 30 SELEBRITI


Ayuh sama-sama memeriahkan penganjuran bazar terbesar di ibu kota Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL) yang bakal disertai lebih 30 artis popular bermula pada 16 Mei sehingga 4 Jun 2019.

Mengetengahkan konsep kekeluargaan dan sarat dengan produk buatan tempatan. BRKL akan diadakan di Dewan Tun Razak 1 & 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dianjurkan oleh Agenda Sepadu Sdn Bhd. Antara selebriti popular yang akan mengambil bahagian seperti bintang drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan juga tidak ketinggalan nama-nama popular seperti Dato Aznil Haji Nawawil Siti Sarah, Zara Zya, Alif Satar, Datin Alyah, Dato Hattan, Aiman Tino dan ramai lagi. 


Pengarah BRKL, Shawn Zain berkata, pihaknya telah menyediakan pelbagai pengisian menarik buat pengunjung dan juga tidak ketinggalan usahawan yang menyertai bazar selama 20 hari berkenaan. Apatah lagi dengan adanya barisan selebriti terkenal dan juga pengacara popular tanah air, dia percaya bazar terbesar itu akan menarik perhatian ramai terutama buat warga kota. 


"Menariknya kerana kami menyediakan pakej viral iaitu Rocketing Viral Inbosz secara percuma kepada semua usawahan yang menyertai BRKL bagi memberi kelebihan kepada mereka untuk memperkenenalkan produk jualan masing-masing secara talian. menerusi pakej itu, kami akan menyediakan 3 jalan cerita yang bebeza kepada setiap usahawan dan video-video viral berkenaan akan diviralkan secara online selama tiga minggu," katanya. 

BRKL dibuka kepada pengunnjung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 12 malam dengan mengetengahkan pelbagai produk seperti fesyen, kuih-muih, perhiasan dalaman dan keperluan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. 

Barisan pengacara Bazaar Raya KL - Barisan belakang dari kiri - Roslan Shah, Didie Alias, Amyza Aznan & Enot. Barisan depan Achey (Kiri) & Arja Lee 

Tambah Shawn lagi. pihak BRKL juga akan bekerjasama dengan Touch & Go bagi memberi kelebihan kepada pengunjung untuk menikmati rebat tunai istimewa sepanjang bazar berkenaan diadakan. 

Sementara itu, BRKL mensasarkan bakal menerama 500,000 orang pengunjung sepanjang 20 hari bazar itu berlangsung.

Angka berkenaan berpandukan kedudukan strategik BRKL yang dianjurkan di dalam kawasan indoor dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT dan bas Rapid KL. 

Pada sidang media BRKL telah diadakan di Pelantara Putra, PWTC, pihak penganjur memberi kelebihan kepada usahawan untuk menikmati potongan harga istimewa. 

"Saya percaya, dengan adanya barisan pengacara popular yang telah bersetuju menyertai bazar ini, mereka akan menghangatkan BRKL dengan celoteh masing-masing. Kami juga merancang untuk menganjurkan sesi berbuka puasa bersama-sama individu yang kurang bernasib dan sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih," katanya. BRKL 2019 bakal dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof padal6 Jun ini. 

Acara turut disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di dalam mempromosikan tempat yang menarik untuk dilawati pada bulan Ramadhan nanti. 


Tidak ketinggalan sebuah program mesra rakyat iaitu program bubur lambuk pada setiap petang bertujuan sebagai juadah berbuka puasa kepada setiap pengunjung. 

Kepada yang berminat untuk menyertai BRKL boleh menghubungi Sekretariat BRKL 2019 di talian 011- 3690 4037.


Info BRKL 
Penganjur: Agenda Sepadu Sdn Bhd 
Alamat: Suite 25, Level 1, Resource Centre, Technology Park Malaysia Tel no: 011-3690 4037 
Laman web: www.bazzaraya.com 
Email: bazzarayainfo@gmail.com 
Facebook: @bazzaraya 
Instagram : @bazzaraya.kl 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!