Berita baik untuk pengemar hidangan bufet! Sempena dengan bulan Ramadan ini, hotel Best Western Petaling Jaya bakal menyajikan Bufet Makan Malam bertemakan `Selera d'Kembali' di restoran Kembali Kitchen, Tingkat 6. Lebih 100 juadah yang lazat menanti anda untuk berbuka puasa.
Antara juadah kegemaran ramai yang bakal disajikan adalah Gulai Daging Kawah, Telur Itik Bersama Belimbing Masak Lemak Cili Padi, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis Masak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, Udang Mongolian, Ikan Masak Tikka, Daging Kambing Goreng Lada Hitam, Kambing Bakar, Ikan Bakar serta Sotong Masak Kalio.
Istimewa tahun ini, Chef Amin bakal memperkenalkan menghidangkan sajian istimewa iaitu Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi yang pastinya membuat pengunjung kecur liur.
|
Kembali Kitchen |
|
Restoran Kembali Kitchen terletak di aras 6 Hotel Best Western PJ |
|
Kambing Panggang dihidangkan dengan Curly Fries |
|
Sotong Masak Kicap Berempah |
|
Ayam Masak Percik |
|
Rendang Daging Kasturi |
|
Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi |
|
Kambing Masak Merah |
|
Ayam Goreng Berempah |
|
Daging Masak Hitam |
|
Pucuk Manis Masak Lemak Keledek |
|
Udang Masala Pedas |
|
Udang Goreng Daun Kari |
|
Aneka Salad |
|
Bubur Lambuk |
|
Aneka Sambal |
|
Ulam-ulaman |
|
Seafood Panggang |
|
Goreng-gorengan |
|
Kurma dan pencuci mulut |
|
Ais Kacang/ Air Batu Campur |
|
Aneka Puding, Jeli dan Kek |
|
Minuman yang menyegarkan |
Bufet Makan Malam `Selera d'Kembali' bakal disajikan mulai 13 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019. Harga untuk seorang dewasa adalah RM125 bersih.
Untuk penjimatan yang lebih, anda digalakkan untuk membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019. Harga promosi pembelian awal adalah RM75 seorang beserta bonus percuma satu orang dengan setiap pembelian untuk 5 orang. Harga untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dan Warga Emas yang berumur 55 tahun ke atas pula adalah RM62.50 bersih setiap seorang.
Untuk mendapatkan baucar Pembelian Awal, sila hubungi Cik Wan Nabila di talian 019-7776079, Cik Vicky di talian 019-7774140 atau email ke
infobestwesternpj.com.my
Hotel Best Western Petaling Jaya juga berkolaborasi dengan rakan niaga seperti Maxis, Hotlink dan Maybank. Bermula dari l Mei 2019 hingga 31 Mei 2019, pelanggan rakan niaga boleh menikmati diskaun ekslusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa. Diskaun hanya sah pada harga asal dewasa iaitu RM125 bersih. Pelanggan boleh merujuk kepada applikasi rakan niaga masing-masing bagi terma dan syarat.
Best Western Petaling Jaya
Alamat: No. 1, Jalan 13/1, Section 13, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T: (+603) 7610 2222
F: (+603) 7610 2200
Comments
Post a Comment