ECCO ANINE - SEPATU BALET TAPAK RATA YANG ULTRA-MODEN



Keanggunan abadi sepasang sepatu balet tapak rata telah diberikan peningkatan ultra-moden oleh ECCO, sekaligus mencipta kasut luar biasa yang ringan lagi anggun yang memberikan padanan untuk hampir sebarang acara buat wanita kontemporari. 

Dengan berat yang separuh daripada berat sepatu balet tapak rata yang sebelumnya oleh jenama dari Denmark ini, dan satu pertiga lebih ringan berbanding dengan kebanyakan sepatu tapak rata lain, ECCO ANINE ditawarkan dengan pelbagai kulit premium dan warna feminin, sekaligus menawarkan pilihan gaya serta momen memakai yang hampir tiada had. 


Daripada berkelah di taman hingga ke janji temu makan malam, dari pejabat hingga ke membeli-belah pada hujung minggu, atau daripada perjumpaan untuk kopi hingga ke barbeku, anda boleh menyerlahkan atau menyederhanakan ECCO ANINE, sambil menikmati keringanan selesa yang menjadi tanda pengenalan tukang kasut ini. Padankan dengan seluar crop, skirt atau baju, serlahkan kemudahan gaya tersebut dengan aksesori utama, atau hanya padankan dengan seluar jeans dan baju yang besar - gaya klasik ini sentiasa kelihatan cantik. 

Dinamakan sempena Anine Frølich, seorang penari abad ke-18 yang merupakan bintang balet pertama Denmark, ECCO ANINE sebenarnya adalah kasut abad ke-21, diperbuat dengan kulit premium mewah syarikat dan teknologi canggih. Sepatu balet tapak rata akan dikaitkan dengan wanita ikonik seperti Brigitte Bardot dan Audrey Hepburn. Dan ECCO ANINE pastinya akan mempunyai daya tarikan yang besar di kalangan wanita moden yang bergaya, kerana kasut ini ditawarkan dalam spektrum sembilan warna, dan diperbuat daripada pelbagai bahan inovatif dan ‘on-trend’ dari ECCO Leather Studio. 

Bahan-bahan ini termasuk paten, bercetak, logam dan ‘ECCO FLUID-TOUCH CALF Leather’, serta ‘ECCO FINE CRAQUELURE Leather’. Diilhamkan oleh pemandangan kartografi bandar-bandar yang luas dan banjaran-banjaran gunung yang hebat, ‘ECCO FINE CRAQUELURE Leather’ mempunyai corak retak tersendiri, di samping bersifat lembut dan kukuh. 



Hanya ECCO yang boleh menyampaikan tafsiran semula sebuah siluet ikonik yang ringan dan selesa, yang mana sepatu balet tapak rata ini diperbuat menggunakan acuan baharu serta ‘ECCO FLUIDFORM™ Direct Comfort Technology’. 

Acuan anatomi baharu ini menawarkan penampilan yang lebih lembut dan lebih feminin, serta bentuk tumit dan jari kaki yang lebih bulat yang memeluk kaki untuk mendapatkan padanan yang terbaik. Antara inovasi lain yang meningkatkan keselesaan anda adalah inlai tapak Poron®, yang mengikuti kontur kaki anda, dan dilitupi dengan ECCO Leather untuk keselesaan kaki tambahan. Juga menambah keselesaan anda ialah tumit 1.5mm daripada kulit yang ditindan, yang ringan, fleksibel dan berfungsi dengan teknologi SHANK oleh syarikat ini. 

Dibangunkan dalam tempoh tiga dekad oleh tukang kasut ini, dan sentiasa diperbaharui dan diperbaik dalam makmal penyelidikan jenama ini, ‘ECCO FLUIDFORM™ Direct Comfort Technology’ memastikan ECCO ANINE, dengan tapak P.U satu-komponen suntikan langsung, mempunyai keseimbangan pengkusyenan dan pantulan. Sementara pembuat kasut dan gaya lain mungkin mempunyai tumit yang lebih padat dan lebih tebal, ECCO ANINE dipenuhi dengan P.U ringan yang lembut bagi menawarkan kelembutan tinggi yang ringan sebaik sahaja anda mengeluarkannya dari kotak. 


Pada masa yang sama, teknologi FLUIDFORM™ juga mewujudkan ikatan yang penting dan tahan lama di antara bahagian atas dan tapak, tanpa sebarang kompromi yang lazimnya ditemui dengan pemasangan yang dijahit dan digamkan.

Untuk makluat lanjut, sila layari:

Facebook: @eccomalaysia
Instagram: @eccomalaysia
Hashtags: #eccomy/#eccoshoes


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN