MYPREPAID LANCAR KAD SIM GLAMOR EKSKLUSIF ROZITA CHE WAN



MyPrepaid, jenama bagi Kad Prabayar yang diedarkan oleh My International Mobile Sdn. Bhd melancarkan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan buat peminat beliau di samping mencari usahawan yang berminat untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad sim eksklusif ini.

Kad ini hanya bernilai RM10 dan tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan Data dan mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


Menurut, pelakon Rozita Che Wan, idea untuk melancarkan kad prabayar Eksklusif ini datang dari keinginan saya untuk memberikan satu penghargaan kepada semua peminat yang sekian lama menyokongnya.

Kad Eksklusif ini menawarkan beberapa kelebihan berbanding kad prabayar yang ada dalam pasaran:

• Pelan Harga super jimat yang memberikan 3x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain dalam pasaran. 
(a) Caj Panggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10sen/MB untuk data Pay As You Use.
(b) Setiap tambahnilai akan menerima KREDIT PERCUMA secara berganda.
(c) Setiap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. Nilai maksima tambahnilai adalah RM50.

• Pelan Data internet TANPA HAD AKSES dan HAD KELAJUAN. 
Pengguna boleh memilih pelan langganan harian, mingguan atau bulanan mengikut keperluan masing-masing tanpa perlu risau dengan terma dan syarat yang mengelirukan.

• Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma kepada setiap pengguna
Pengguna yang berumur 13-70 tahun layak mendapat perlindungan ini. • Termasuk warganegara dan bukan warganegara

• Menerima mataganjaran bagi setiap tambahnilai yang dibuat dan boleh ditebus untuk pelbagai baucer barangan di seluruh negara. 
Setiap ringgit tambahnilai akan ditukarkan kepada mata ganjaran dan boleh ditebus dalam bentuk boucer barangan untuk ditukarkan kepada lebih 35 outlet di seluruh negara seperti KFC, MyDin, Giant, Starbuck, CoffeeBean dan lain-lain.


Program usahawan juga ditawarkan kepada semua peminat Rozita Che Wan untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad prabayar ini. Hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja. Pendafaran mula dibuka pada 29 April 2019 sehingga 11 May 2019. 

500 pendaftar yang terawal mendaftar ini, bukan sahaja layak menjadi agen kad MyPrepaid malah akan raikan di dalam satu majlis Berbuka Puasa Eksklusif bersama Rozita Che Wan yang akan diadakan pada 19 May 2019 di Kuala Lumpur. Mereka yang hadir pada majlis berbuka puasa eksklusif tersebut akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM100,000 termasuk wang tunai dan barangan dari ByRCW dan Zapatos by Zain Saidin,

Sebagai agen, memang terdapat pelbagai kelebihan yang diberikan seperti peluang perniagaan dan mendapat keuntungan dari penjualan kad sim. Agen-agen Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan juga akan menerima perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi sebanyak RM20,000 setiap orang dan tambahan Skim Pengurusan jenazah sebanyak RM2,000.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi My International Mobile Sdn. Bhd di talian +603 4101 2648 atau WhatApps : +601138 902 561.

Email: info@myprepaid.com.my
Laman Facebook: myprepaid
Instagram: myprepaid.official
Laman web: www.myprepaid.com.my

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA