ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER


Astro kembali mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan ‘Framed’, sebuah siri premium Astro Originals, terbitan Astro Shaw bersama rakan produksi Independent Pictures Sdn Bhd. Drama rantaian terbaharu ini mempaparkan misteri konspirasi jenayah yang melibatkan takdir dan beberapa kejadian di luar kawalan, bakal bersiaran pada 3 Mei 2024, 9 malam menerusi Astro Premier (Saluran 410) dan episod awal disediakan pada setiap minggu bermula 12 tengah malam melalui platform On Demand, Astro GO dan sooka.

Siri drama premium penuh debaran ‘Framed’, diarahkan oleh Sein Qudsi, pengarah, penerbit dan penulis berpengalaman, manakala cerita asal dan skrip pula dihasilkan oleh Kyle Ezra Groonting. Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan masa kini termasuk gadingan hebat Meerqeen (Edi) dan Mimi Lana (Lia), serta Sangeetha (Rita), Ram RAAGA (Navin), Riz Amin (Gibran), Zamarul Hisyam (Mansur), Khir Rahman (Hassan), Nam Ron (Aziz) dan Ka Hoe (Ka Hong).

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif ‘Framed’, berkata, “Kami memahami penonton mahukan naskhah segar dan berkualiti. Kali ini kami mengambil inisiatif untuk ketengahkan kisah buat pertama kali yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang memaparkan isu sosial yang amat dekat dengan masyarakat dengan memfokuskan konspirasi alam sekitar. Framed membawa jalan cerita yang merungkai petunjuk daripada sebuah kamera polaroid dan akan meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton. Selain itu, penonton dapat melihat gandingan mantap pertama kali oleh pelakon-pelakon berbakat tanah air dalam satu skrin. Kami harap penonton dapat menerima Framed dan sekali gus mengangkat naskhah tempatan setanding karya luar negara..”


Pengarah ‘Framed’, Sein Qudsi, berkata, “Framed adalah sebuah naskhah berbeza dengan karya-karya yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Saya memegang niat untuk bersikap jujur dalam perlaksanaan dan lakukan sebaik mungkin keatas semua tuntutan yang ada pada siri premium ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, meskipun berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan kualiti dan konsisten perlaksanaan penggambaran sepanjang tempoh yang diberikan. Saya harap penonton dapat menerima Framed dan teruja mengikuti jalan cerita yang dipersembahkan, seperti mana saya dan semua yang terlibat teruja sepanjang menjayakan drama siri premium ini.”

‘Framed’, siri drama dengan naratif penceritaan menarik ini bakal menyusuri perjalanan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan. Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya. Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Selain merungkai isu jenayah kehilangan ahli keluarga, siri premium ‘Framed’ turut menyingkap penyiasatan konspirasi persekitaran dengan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap individu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. ‘Framed’ turut memperkenalkan Nadira Zaini selaku pelantun runut bunyi yang bertajuk ‘Udara’, dihasilkan oleh Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K. Para pelanggan Astro juga boleh merasai Framed Experiental Journey yang bakal disediakan di Astro Experience Strore, IOI City Mall, dalam masa terdekat.


Saksikan siri premium terbaharu Astro Shaw, ‘Framed’ bermula 3 Mei 2024, pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Premier (Saluran 410), On Demand, Astro GO dan sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan tanda pagar #Framed, #CanYouChangeYourFate? dan #AstroOriginals.

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA