NESTLÉ HARVEST GOURMET TERUS MEMACU PENGGUNAAN ALTERNATIF PROTEIN TUMBUHAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA


Tinjauan GlobalData 2023 baru-baru ini mendedahkan bahawa 59% rakyat Malaysia semakin cenderung untuk mencuba makanan berasaskan tumbuhan bagi manfaat kesihatannya, manakala hampir separuh didorong oleh manfaat alam sekitar daripada pilihan makanan yang lebih lestari ini. 

Sememangnya, makanan berasaskan tumbuhan umumnya mempunyai jejak karbon yang jauh lebih rendah dan kurang intensif dalam sumber air berbanding dengan produk daging haiwan. Sebagai tindak balas kepada trend yang semakin meningkat ke arah makanan protein tumbuhan, Nestlé Malaysia mengembangkan lagi rangkaian produk HARVEST GOURMET dengan pelancaran Paf Pastri, rangkaian baharu yang menambah pilihan yang menarik, lazat dan mudah disediakan yang langsung mengesahkan kepimpinan syarikat dalam pasaran baharu ini.

Kombinasi khasiat protein tumbuhan dan keenakan paf pastri gourmet ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati snek lazak. Ingin menikmati paf pastri tetapi merasakan ia terlalu rumit untuk dibuat, atau tidak mempunyai masa untuk menyediakannya dari awal? Puff Pastries keluaran HARVEST GOURMET adalah penyelesaian ideal, terutamanya di kalangan ibu bapa bekerja dan profesional yang sibuk. Sajian ini merupakan pilihan ringkas untuk minum teh atau sebagai snek pada bila-bila masa!

Paf rangup dan berlapis ini boleh didapati dalam tiga perisa Asia yang digemari ramai: Creamy Curry Puff (Paf Kari), Korean Gochujang Puff (Paf Gochujang Korea), dan Oriental BBQ Puff (Paf BBQ Oriental). Creamy Curry Puff mengandungi bahan-bahan tenusu, memeperkayakan lagi perisanya untuk mereka yang menikmati sentuhan berkrim dalam paf. Paf Pastri Buatan Malaysia ini diperakui Halal dan menyediakan sumber protein yang baik kerana diperbuat daripada kacang soya dan kisaran berasaskan gandum, di samping adunan ramuan dan rempah penuh berperisa, tanpa ditambah pengawet. Tetapi, apa yang menjadikannya pilihan yang menyenangkan dan menjimatkan masa ialah penyediaan satu langkah, dari peti sejuk beku terus ke dalam penggoreng udara tanpa perlu dinyahbeku! Hanya perlu menggoreng menggunakan penggoreng udara pada suhu 180°C selama 15 minit untuk mendapatkan paf pastri yang berlapis, rangup dengan sempurna dan sedia untuk dimakan.

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad, amat teruja dengan produk terbaharu dalam rangkaian HARVEST GOURMET: “Dalam dunia di mana kita semua perlu menangani kesan alam sekitar dan kesihatan ekoran pilihan pemakanan kita, kami terus mempelopori inovasi untuk memastikan kami memperkenalkan produk yang lazat dan relevan kepada pengguna kami, sambil memainkan peranan positif dalam menyokong peralihan kepada diet yang lebih lestari. Nutrisi adalah sebahagian penting daripada usaha menjaga kesejahteraan insan dan kami komited untuk menyokong usaha rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat. Ini juga sejajar dengan misi Nestlé Malaysia untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari demi bumi kita dengan menambah tawaran produk berasaskan tumbuhan.”

HARVEST GOURMET Puff Pastries boleh didapati di pasar raya besar dan pasaraya di seluruh negara seperti AEON, AEON BIG, Lotus's, Jaya Grocer, Village Grocer dan NSK, dengan harga runcit yang disyorkan HARVEST GOURMET Puff Pastries iaitu RM22 di Malaysia Barat dan RM23 di Malaysia Timur. Setiap pek mengandungi 10 pastri lapis.

Pengguna boleh membeli mana-mana produk HARVEST GOURMET bersama sekurang-kurangnya satu produk paf pastri untuk menerima sebuah Beg Pendingin (Cooler Bag) Edisi Terhad secara percuma di gedung-gedung terpilih yang turut serta selagi stok masih ada!


Untuk maklumat lanjut tentang Pastri Lapis HARVEST GOURMET dan produk lain HARVEST GOURMET, sila kunjungi

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA