COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA


Majlis pecah tanah Combat Baze yang dinanti-nantikan bukan sahaja menjadi satu detik penting dalam evolusi sukan dan hiburan, ia juga sebagai pemangkin untuk peningkatan pelancongan di Malaysia. Terletak di latar langit ikonik Kuala Lumpur, Combat Baze merupakan sebuah tarikan yang pertama seumpamanya di negara dan rantau ini yang merevolusikan pengalaman rekreasi dan menarikan perhatian para pelancong dari seluruh dunia.

Peristiwa penting ini bukan sahaja meraikan perancangan teliti dan dedikasi, tetapi ia juga menandakan lembaran baharu dalam pengalaman rekreasi dan tarikan bertemakan pertempuran. Antara aktiviti hebat yang dibawakan oleh Combat Baze ialah lapangan sasar tertutup yang paling epik di Asia. Lapangan tersebut mempunyai ciri-ciri canggih yang menetapkan standard baharu dalam hiburan bertemakan pertempuran.

Majlis pecah tanah Combat Baze telah disempurnakan oleh YB Tuan Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Turut hadir ialah beberapa tokoh penting, termasuk YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Bin Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera, Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM, Pengerusi Combat Baze, dan YBrs Ts. Brian Iskandar Zulkarim, Ketua Pegawai Eksekutif Bandar Malaysia.

Combat Baze bakal memeriahkan lagi ekosistem aktiviti rekreasi di Malaysia. Ia bukan sekadar perintis dalam bidang sukan tempur, malah ia juga berpotensi untuk merancakkan landskap pelancongan Malaysia. Combat Baze, bersama lapangan sasar tertutup paling epik di Asia, menawarkan pengalaman penuh aksi yang tiada tandingan; bukan sahaja untuk peminat sukan menembak tetapi juga kepada individu, keluarga dan pelancong yang ingin mencari pengembaraan luar biasa.

Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM, Pengerusi Combat Baze.

“Konsep Combat Baze dilahirkan untuk menghasilkan tarikan yang melangkaui ciri-ciri destinasi rekreasi tradisional,” kata Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM, Pengerusi Combat Baze. “Majlis istimewa ini bukan sahaja menonjolkan usaha yang terhasil melalui dedikasi berterusan daripada semua pihak yang terlibat, tetapi juga menandakan ketibaan era baharu dalam bidang bertemakan pertempuran global di KL. Combat Baze menawarkan pengalaman serba baharu yang menggandingkan keseronokan pengembaraan penuh aksi bersama aktiviti komuniti dan rekreasi.”

Para pengunjung Combat Baze boleh menikmati kemudahan serba baharu, termasuk Kelab Menembak Combat (Combat Shooting Club) dan Lapangan Pengembaraan Combat (Combat Adventure Fields) serta tarikan-tarikan yang akan datang seperti Medan Pertempuran Paintball (Paintball Battlefields), ATV, e-kart, ruang istirahat eksklusif, kemudahan makanan dan minuman (F&B), serta kemudahan mewah yang lain. Selain itu, penambahan Hab Web3 dalam premis akan menyediakan ruang untuk peminat NFT, artis, pencinta teknologi dan usahawan untuk berkumpul, berkongsi idea dan meneroka inovasi digital. Tawaran yang pelbagai untuk perkembangan masa depan ini menjanjikan untuk meningkatkan keseronokan dan pengembaraan untuk semua pengunjung Combat Baze.

Encik Adrian Ooi Kien Meng, Pengarah KL Base

Encik Adrian Ooi Kien Meng, Pengarah KL Base berkata, "Lanskap dan infrastruktur yang tersedia di KL Base cukup sempurna untuk menghasilkan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti gaya hidup aktif. Combat Baze memainkan peranan penting dalam usaha regenerasi bandar, menarik pengunjung dan memajukan hab yang meriah untuk tujuan rekreasi dan hiburan, serta meningkatkan daya tarikan bandar raya sebagai destinasi percutian yang dinamik dan bertenaga."

Meliputi kawasan luas bekas Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi, Combat Baze memberi penghormatan kepada warisan ketenteraannya sambil memandang ke hadapan untuk masa lapang dan hiburan. Gabungan unik ini menjadikan Combat Baze sebagai mercu tanda inovasi dan kreativiti dalam industri.

Dengan komitmen yang teguh terhadap keselamatan dan keselamatan, Combat Baze memastikan protokol yang ketat disediakan, terutamanya di Kelab Menembak Tempur yang menawarkan kursus dalam persekitaran yang selamat dan juga menyediakan tempat latihan untuk anggota polis dan keselamatan. Daripada sistem pengawasan yang komprehensif kepada prosedur tindak balas kecemasan, pelbagai langkah disediakan untuk memastikan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan bagi para pengunjung.


Majlis pecah tanah Combat Baze menandakan ketibaan era baharu untuk sukan dan rekreasi, menjanjikan keseronokan yang berpanjangan untuk semua para pengunjung. Sebagai destinasi terbaharu yang harus dilawati di bandar raya ini, Combat Baze mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk menikmati dan menyertai pengembaraan yang menarik ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://combatbaze.com/.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER

MUAZ DAN BELLA BERCINTA? SAKSIKAN LAKONAN MANTAP MEREKA MENERUSI DRAMA TERBAHARU