DOMINO’S PIZZA LANCARKAN PIZA CHEESE VOLCANO SATE UNTUK CERIAKAN RAMADAN-RAYA!


Sempena Ramadan dan Hari Raya kali ini, Domino’s Pizza memeriahkan lagi suasana dengan melancarkan inovasi terbaharunya Piza Cheese Volcano Sate. Piza yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini menjadi hidangan tumpuan yang menambat selera tetamu di Majlis Iftar Bersama Domino’s. Menyusuli kejayaan Cheese Volcano yang telah dilancarkan baru-baru ini, piza sate ini akan menjadi hidangan yang paling sesuai untuk menjamu sanak-saudara yang akan datang beraya kelak.

Majlis Iftar Bersama Domino’s yang diadakan di RUANG Shah Alam pada 26 Mac 2024 menyaksikan segenap lapisan masyarakat dijemput untuk bersama mengimbau kembali nostalgia suasana kampung di tengah-tengah bandar. Para petugas barisan hadapan yang berdedikasi, wira-wira tidak didendang, kanak-kanak dari rumah anak yatim dan persatuan ibu tunggal serta pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah hadir untuk memeriahkan majlis. Dalam majlis tersebut, para tetamu juga berpeluang untuk menjadi antara yang pertama untuk mencuba inovasi baharu ini dan menikmati kelazatan piza sambil berbuka puasa bersama-sama.

Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “Bulan Ramadan yang mulia ini mengingatkan kita untuk bersyukur dan beramal serta memupuk semangat perpaduan, menggalakkan kita mengeratkan silaturahim dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Sebab itulah kami amat gembira untuk melihat insan dari segenap lapisan masyarakat berhimpun di Majlis Iftar Bersama Domino’s, berkongsi berkat dan rezeki untuk berbuka puasa bersama.”


“Lebih-lebih lagi, produk terbaharu ini merupakan ganjaran eksklusif bagi tetamu, kerana mereka antara yang paling awal untuk merasai kelazatannya bersempena dengan pelancaran di cawangan-cawangan kami pada hari yang sama. Sesungguhnya kami berbangga dengan kejayaan besar pelancaran Cheese Volcano baru-baru ini, dan kami ingin meneruskan kejayaan tersebut dengan Piza Cheese Volcano Sate. Apabila memikirkan tentang Ramadan atau Hari Raya, sate adalah antara makanan yang digemari ramai. Dengan komitmen kami dalam menyediakan piza yang lazat dan berinovatif, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Piza Cheese Volcano Sate kepada anda,” tambah Linda.

Diinovasikan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia, Piza Cheese Volcano Sate ini boleh didapati dalam bentuk piza standard dan juga Cheese Volcano. Ditebar dengan tangan sehingga sempurna, piza ini ditaburi dengan ketulan ayam atau daging yang diperap dengan rempah dan herba, dan kemudiannya dibakar sehingga masak sempurna. Setiap gigitan dipenuhi dengan kuah sate dan rasa pedas manis dari kacang tanah yang dipanggang. Piza ini juga dihiasi dengan bawang merah segar, timun Jepun rangup dan jeruk cili merah masam-masam manis untuk menambah kelazatan pada rasanya. Mereka yang memang meminati Cheese Volcano boleh mencuba Piza Cheese Volcano Sate Ayam atau Piza Cheese Volcano Sate Daging yang turut disediakan bersama sos keju cair yang diperbuat daripada gandingan keju istimewa dan keju Cheddar.

Tetamu di majlis tersebut juga dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional yang lazimnya terdapat pada bulan Ramadan dan Hari Raya seperti ketupat, lemang, nasi lemak, sate serta aneka kuih-muih dan manisan lain melalui gerai-gerai makanan yang disediakan. Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan potong rambut percuma untuk kaum lelaki bagi memastikan mereka tampak segak bergaya semasa menyambut Hari Raya. Gerai-gerai ini dikendalikan oleh vendor khas, iaitu mereka yang menabur bakti kepada masyarakat, yang terkenal kerana kemurahan hati masing-masing. Sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan berharga mereka kepada masyarakat, Domino’s Pizza telah memilih mereka sebagai vendor bagi Majlis Iftar Bersama Domino’s.

Piza Sate baharu ini boleh didapati dalam saiz Regular (biasa), saiz Large (Besar) dan Xtra Large (Ekstra Besar) manakala untuk Cheese Volcano Sate, ia boleh didapati dalam saiz Large (Besar) dan Xtra Large (Ekstra Besar). Malah untuk mendapatkan nilai lebih hebat, pelanggan boleh bawa pulang untuk menikmati Piza Sate dan Cheese Volcano Sate dengan potongan harga luar biasa iaitu sebanyak 50%. Tawaran ini boleh didapati pada setiap hari sepanjang minggu! Untuk tempoh terhad, Piza Sate dan Cheese Volcano Sate boleh didapati di cawangan Domino’s Pizza di seluruh Semenanjung Malaysia. Kunjungi cawangan Domino’s, pesan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau telefon 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian Piza Cheese Volcano Sate dan juga promosi lain, kunjungi http://www.dominos.com.my/.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER

MUAZ DAN BELLA BERCINTA? SAKSIKAN LAKONAN MANTAP MEREKA MENERUSI DRAMA TERBAHARU