PUMA LANCAR KOLEKSI MUSIM PANAS WAVEMULE BERSAMA DUTA KEMPEN ASIA PASIFIK IVE


Jenama sukan antarabangsa PUMA memperkenalkan kempen ‘WAVEMULE’ bersama duta Asia Pasifik - IVE. WAVEMULE adalah satu koleksi francais musim panas WAVE dalam bentuk kasut 'mule' yang sesuai dipakai setiap hari dengan rekaan yang bergaya dan berprestasi.

Bentuk ‘Mule’ ini merupakan rekaan baharu yang menampilkan pemakaian yang praktikal dengan bentuk "ombak/ wave" di bahagian tapak tengah dan luar. Tapak tengah yang berbentuk 'platform' berukuran 5cm tinggi dan membuatkan si pemakai tampak lebih tinggi manakala bahan Ethylene Vinyle Acetate(EVA) yang lebih padat memberikan keselesaan yang berpanjangan.


Kasut ini juga menampilkan lubang untuk pengudaraan yang lebih baik dan membolehkan si pemakai merasa lebih selesa di keadaan cuaca yang panas dan berkelembapan tinggi. Alas dalam kasut yang boleh dikeluarkan diperbuat daripada SOFTFOAM+ memberikan keselesaan tambahan di waktu panas mahupun hujan. Buat masa ini kasut ini tersedia dalam warna putih, hitam, merah jambu dan kelbu. 

Dalam kempen ini, PUMA terah bekerjasama dengan duta Asia Pasik iaitu kumpulan IVE.







Koleksi PUMA 2024 WAVEMULE kini boleh didapati di stor online rasmi PUMAdan PUMA KLCC, PUMA Sunway, PUMA Pavilion KL, PUMA Queensbay, PUMA TRX dengan harga RM209 sepasang.


Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://my.puma.com/my/en/home



Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA