FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI


FIRETALK BY NOURUL, sebuah program yang dianjurkan oleh seorang pengasas/ artis/selebriti/ jurulatih kesihatan/ penceramah terkenal tanah air, Nourul Depp (Nourul) telah terbukti menjadi satu platform yang berkesan untuk memberi ruang dan peluang bagi para peserta program ini untuk menyelami potensi diri, bakat, mengubah nilai diri dan juga transformasi kendiri dan pembangunan peribadi yang positif.

Program seminar pembangunan diri, FIRETALK BY NOURUL yang pertama telah dianjurkan oleh Nourul bersama pasukannya ini telah mendapat tempat di hati dikalangan 100 orang para peserta dari pelbagai latar belakang dan bangsa, terutamanya dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia pada tahun 2023, yang mana ramai di antara para peserta telah melalui satu transformasi dan peningkatan diri yang hebat dan positif. 

Melihat kepada sokongan padu dan positif daripada para peserta, Nourul selaku pengasas dan penceramah bagi seminar pembangunan diri FIRETALK ini amat berbesar hati untuk mengumumkan FIRETALK 2024 bakal kembali berlangsung pada 2 Jun 2024. Ini berikutan di atas permintaan ramai yang memberikan maklum balas dan sokongan positif dan kepercayaan yang tulus kepada pihak penganjur, FIRETALK 2024 bakal kembali beraksi dan mengegarkan pentas dengan pengisian program yang lebih fokus kepada pembinaan potensi dan bakat diri, dengan menyuntik motivasi menerusi cara mengatasi pelbagai cabaran hidup semasa, kesan akibat trauma dan isu yang berkaitan dengan kesihatan mental. 

Nourul berkata pihaknya amat komited meneruskan misi ini untuk membantu sesiapa sahaja agar individu-individu ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik melalui pembangunan peribadi. “Kami berharap program ini dapat mencapai lebih ramai peserta yang mana mereka dapat mempelajari beberapa teknik yang dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dan membuat perubahan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan,” tambah beliau. 

Menurut Nourul, beliau telah lama memerhati yang ramai di kalangan kita sedang bergelut dengan kesukaran dalam menjaga sikap positif dalam kehidupan harian mereka, bahkan beliau percaya bahawa kesihatan mental adalah permulaan untuk segala aspek dalam kehidupan. Mengambil inspirasi daripada jurulatih kehidupan terkenal Tony Robbins, Nourul telah memulakan perjalanannya yang baru untuk menjalani latihan sebagai seorang jurulatih kehidupan (life coach). Beliau sedang menjalani sesi latihan untuk mendapat kelayakan tersebut di Robbins-Madanes Training di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Nourul benar-benar teruja untuk bertemu dengan para peserta FIRETALK kali ini dalam skala yang lebih besar. Ini bukan hanya program sekali sahaja tetapi ia telah menjadi satu acara tahunan dengan perisian silibus yang komprehensif dalam memberi tumpuan kepada pembangunan peribadi. Bukan itu sahaja, Nourul akan meraikan peserta dengan persembahan nyanyian selama 45 minit di akhir program ini. 


Belum pernah lagi acara sebegini diadakan, malah para peserta boleh menikmati pengalaman luar biasa ini hanya di FIRETALK. FIRETALK by NOURUL DEPP akan berlangsung pada 2 Jun 2024 yang bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur bermula 9 pagi sehingga 7 malam. 

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM594/orang (Pakej VIP, termasuk makan tengah hari bersama Nourul), RM378/orang (Pakej gold) dan RM270/orang (Pakej silver). 

Tempahan tiket boles didapati dengan menghubungi Ina Mohd di talian +6017-9353909 atau secara online di FIRETALK by NOURUL DEPP 2024 (onpay.my). Harga tiket termasuk 8% SST.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM