NIKMATI SUASANA ‘HARMONI RAYA’ DI INTERMARK MALL


Intermark Mall ingin menjemput semua ke sambutan ‘Harmoni Raya’ yang berlangsung antara 14 Mac dan 21 April 2024. Sambutan ini menekankan segala hal yang melambangkan keistimewaan Aidilfitri — makanan, muzik, rumah dan filem, selain mengukuhkan komitmen pusat beli-belah itu terhadap Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dengan peningkatan kesedaran tentang kesan perayaan terhadap alam sekitar, Intermark Mall berazam untuk mengimbangi tradisi dan kesedaran alam sekitar melalui pertunjukan fesyen Raya yang mesra alam oleh kumpulan pereka tempatan, KL6. Kumpulan itu berusaha meminimumkan kesan industri fesyen terhadap alam sekitar melalui ‘Kaedah RRU’– guna semula serta kitar semula (‘recycle’ dan ‘upcycle’), untuk menghasilkan produk yang bergaya dan bermutu tinggi sambil menekankan pengurangan sisa, penggunaan bahan mesra alam, dan etika kerja yang saksama.


Singgah ke ‘Bazar Ramadan’ di Tingkat Atrium untuk membeli tudung, aksesori, hiasan rumah dan sebagainya daripada pelbagai jenama termasuk Bacarat dan Raya Market oleh FA’WER!. Selaras dengan usaha ESG-nya, Intermark Mall turut bekerjasama dengan Dôme Cafe untuk kempen ‘Go Green’ pada 23 Mac 2024 yang menyediakan pelbagai aktiviti Earth Hour untuk kanak-kanak.

Pengunjung juga berpeluang menyertai bengkel pendidikan dan menyaksikan pelbagai persembahan hebat. Sertailah aktiviti ‘upcycling’ dengan kumpulan KL6, seperti mentransformasi fabrik lama kepada karya fesyen baharu, dan saksikan persembahan silat, tarian kebudayaan dan gamelan yang tersedia sepanjang kempen ini.


Pengunjung yang membelanjakan RM150 dalam satu resit boleh menebus sampul Raya eksklusif, manakala mereka yang membelanjakan RM350 dalam satu resit boleh mendapat satu beg jut Intermark Mall yang istimewa. Tiga pembelanja tertinggi juga akan mendapat periuk kecil STAUB Pepper Cocotte (merah/kuning) yang bernilai RM299 setiap satu!

Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai aktiviti dan promosi ‘Harmoni Raya’, layari www.intermark-mall.com, ketahui berita terkini di Facebook atau Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!