MINISCAPE KEMBALI DENGAN PENGEMBARAAN HUJUNG MINGGU UNTUK LEBIH 200 MINIAC DI MALAYSIA.


MINI Malaysia baru-baru ini menganjurkan MINIscape 2024, hujung minggu yang menerujakan untuk 200 pemilik dan peminat MINI. Pengembaraan bermula dengan kembara jalan raya eksklusif dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur, disertai lebih 100 kenderaan MINI berkonvoi menuju utara ke Angsana Teluk Bahang di Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan, para peserta melakukan pencarian harta karun istimewa yang menyaksikan mereka merakam serta memuat naik foto pemandangan unik, sekaligus mewujudkan persaingan yang meriah antara satu sama lain sepanjang kembara tersebut.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “MINI mengangkat semangat menjalani kehidupan yang menyeronokkan dan jalinan persaudaraan istimewa yang menyemarakkan pengembaraan. Dengan MINIscape 2024, kami meraikan jalinan tersebut dengan memupuk momen yang meriangkan dan bermakna. Acara ini menzahirkan semangat Big Love menerusi keterujaan dalam pengembaraan yang mengeratkan lagi semangat dan minat sesama MINIac. Kami bukan hanya membawakan sebuah pengembaraan; kami turut membangkitkan semangat kolektif yang menjadikan setiap MINI lebih sekadar sebuah kereta — juga sebagai rakan kembara, untuk setiap tawa dan kenangan yang diukir bersama.”

MINIscape 2024 membawakan hujung minggu yang sarat dengan aktiviti luar yang menguji adrenalin di ESCAPE Park Pulau Pinang, syurga bagi mereka yang mendambakan keseronokan. Di sini, MINIacs menikmati akses tanpa had kepada pelbagai tarikan yang mengujakan, setiap satunya mencipta detik kegembiraan dan pengembaraan bersama buat komuniti MINI. Gelak tawa bergema di seluruh taman tatkala para peserta bermain tarikan slingshots yang menentang graviti dan meluncur di udara menaiki ziplines, manakala mereka yang lebih berani mencabar diri untuk melepasi halangan bertali yang kompleks. Keluarga dan rakan-rakan juga berpeluang bermain gelongsor air tiub terpanjang di dunia, sambil bergelak tawa bersama yang memenuhi taman.

Menjelang petang, keterujaan beralih ke MINI Base Camp, yang memperlihatkan para peserta menjayakan aktiviti pembinaan pasukan seperti membangunkan tipi serta bermain permainan retro seperti memanah dan Power Slam yang digemari ramai. Selain itu, barisan penghibur memeriahkan acara melalui aksi karnival eklektik yang menghangatkan lagi suasana.

Makan malam di Base Camp turut meriah, dengan deretan stesen barbeku yang dipanggang terus untuk para peserta makan sepuas-puasnya, menikmati hidangan bermakna bersama orang tersayang. Pengalaman bersama memasak dan menjamu selera di bawah gemerlapan bintang dalam sebuah perkhemahan yang unik, memupuk semangat komuniti dan keriangan yang istimewa, ditambah pula dengan aneka juadah tempatan yang disediakan buat semua.

Malam tersebut melabuhkan tirai dengan pertunjukan api, sebuah pertunjukan menakjubkan yang menerangi langit malam, memancarkan cahaya terang sepanjang malam dan dihiasi dengan keseronokan pengembaraan serta kegembiraan yang dikongsi bersama.

Untuk mengembara ke dunia yang dipenuhi aktiviti mengujakan bersama MINI Malaysia, layari www.mini.my.



Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN