LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI

 

Beghaok Raya terhasil daripada gabungan empat individu Babah Nadeen, Balau, Aretoy & Kiki yang berasal dari negeri Melaka. Mereka terjumpa secara tidak sengaja dia laman aplikasi TikTok. Bermula nya perkenalan di TikTok dan juga mempunyai chemistry yang sangat kuat maka terjalin persahabatan diantara mereka berempat dimana mereka menamakan kumpulan mereka dengan nama “Team BEGHAOK”. Mengikut loghat Melaka, terma beghaok bermaksud membuat bising ataupun huru-hara. Perkara atau suasana berikut sering tercetus apabila hadirnya “Team Beghaok”.

Lagu raya Team Beghaok tahun 2024 ini bertajuk “Beghaok Raya” menceritakan tentang akan suasana yang penuh keserabutan terutama apabila hari raya bakal menjelma dan mereka sedang mengalami kesempitan dari segi kewangan untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Lagu raya ini juga menerapkan nilai murni serta mengingatkan pendengar untuk menyambut hari raya dengan sederhana sahaja walaupun ianya sudah menjadi tradisi untuk hari raya Aidilfitri disambut dengan segalanya serba baru.

Lagu Berghaok Raya ini telah dimuatnaik di platform YouTube dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube RAQSHA FAMILY. Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan dengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN 30 TAHUN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

IKEA MALAYSIA SOKONG PEMBELAJARAN AWAL UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

GUARDIAN LANCAR KL WOMEN RUNNING FESTIVAL 2026 – MERAIKAN KESEJAHTERAAN WANITA

TWINKLE TWINKLE BAWA FARM TALES KE KUALA LUMPUR