TIKTOK MALAYSIA DAN KOMUNITINYA MENYEMARAKKAN SAMBUTAN #KONGSIBERSAMA SEMPENA AIDILFITRI TAHUN INI


TikTok, platform utama untuk video berdurasi pendek, meraikan ekspresi diri yang asli dan kreatif dengan Rumah Terbuka Raya, #KongsiBersama yang menyatukan para pencipta kandungan untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Aidilfitri.

Pada awal Ramadan lalu, TikTok Malaysia telah menjemput komuniti pencipta kandungannya untuk menzahirkan kreativiti dan mempamerkan detik-detik Ramadan-Raya terbaik mereka melalui kempen ‘#KongsiBersama Ramadan & Raya Moments’. Dari 5 hingga 24 Mac, semua peserta telah diberi peluang untuk berkongsi perspektif unik mereka tentang musim perayaan tersebut melalui enam kategori.

Daripada enam kategori itu, pemenang hadiah utama telah dipilih berdasarkan video-video yang terbaik, bagi mengiktiraf kreativiti mereka dalam menonjolkan semangat Ramadan dan Raya. Semua penyertaan ini telah dinilai oleh barisan panel hakim yang disegani, termasuk pengarah tersohor, Kabir Bhatia dan juga penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, yang turut hadir pada majlis sambutan itu. Setiap pemenang telah menerima hadiah wang tunai, telefon pintar realme 12+ 5G baharu dan peluang untuk menyertai program-program pencipta kandungan TikTok pada masa depan.

Pemenang-pemenang bagi setiap kategori #KongsiBersama adalah seperti berikut:


Salah seorang pemenang kempen #KongsiBersama, @dyamohamad90, yang mengungguli kategori #KongsiCerita, telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia, untuk bersama-sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan akaun Dya.

TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform itu mampu mengeratkan tali silaturahim, yang tertonjol melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari Khairul Aming, dan Tip Mekap 30 Hari Nyna Bukater yang mengujakan.

“Orang ramai tertarik dengan TikTok kerana ia bukan sahaja platform yang menghiburkan dan menyuntik semangat positif, tetapi juga membolehkan pencipta kandungan dan artis membina mata pencarian mereka,” kata Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

“Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambah beliau.

Semasa acara itu, para tetamu berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bengkel yang direka khas untuk mempamerkan kekayaan dan keriangan tradisi Aidilfitri. Mereka juga dihiburkan dengan pantun dan tarian tradisional, sekaligus membolehkan mereka menyelami pengalaman budaya yang menarik. Selain menikmati juadah Raya tradisional, para pencipta kandungan juga dihiburkan oleh The Sibling Band dan video-video terbaik daripada kempen #KongsiBersama.

Sambutan Aidilfitri yang unik itu berlangsung di The Lemuni, Janda Baik, di sebuah rumah tradisional Melayu yang indah bagi memberi pengiktirafan kepada semangat kreatif pencipta kandungan. Acara itu berlangsung di tengah-tengah keindahan seni bina ‘vila orchard’ yang klasik, dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah tradisional, kraftangan dan muzik yang menakjubkan.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan-sorotan daripada majlis Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat-hebat belaka seperti Kionz Chan, Che Sayang Kitchen, Wfsufina, and Abang Shah!

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA