POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA


Syarikat Power Root Berhad akan terus menyumbangkan sejumlah RM397,787 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dengan kempen jualan Oligo yang berlangsung selama hampir satu setengah bulan. Pada bulan Februari yang lalu, Power Root telah menderma sebanyak RM250,000 kepada tabung ini untuk memberikan bantuan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kemanusiaan di Gaza. 

Pihak syarikat turut memberikan komitmen bahawa jenama Oligo akan menyokong inisiatif ini dengan menyumbangkan 50 sen untuk setiap pembelian produk Oligo dalam bentuk serbuk dan 10 sen bagi setiap pembelian produk Oligo sedia diminum. Para pengguna telah memberikan sokongan hebat kepada produk-produk Oligo sepanjang tempoh kempen jualan Oligo dari 1 Mac sehingga 12 April. Maka, 

Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM147,787. Pengerusi Bersama Power Root YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata inisiatif ini ialah cara pihak syarikat menyalurkan bantuan kepada penduduk-penduduk Gaza dan menyatakan solidariti bersama mereka. 

“Dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, syarikat Power Root telah menyertai usaha antarabangsa untuk mengurangkan penderitaan mereka yang terperangkap dalam kancah peperangan. Kita juga berasa bangga dengan prestasi jualan Oligo yang mendapat sambutan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kempen ini yang secara tidak langsung memaparkan keprihatinan para pengguna kami,” ujar beliau. 

Selain menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, Oligo telah memperkenalkan bungkusan baru yang memaparkan jaguh berbasikal pecut negara, Dato’ Azizulhasni Awang. Beliau juga telah dilantik sebagai duta jenama Oligo yang baru. 

Rekabentuk bungkusan terbaru Oligo terdapat dalam bentuk serbuk dan pek sedia diminum. Ia akan diedarkan di pasaraya-pasaraya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara dalam sachet 30g, pek isian semula 950g, cawan segera, tin minuman 240ml dan pek sedia diminum 200ml yang baru. 

Pek terbaru ini mampu memelihara kesegaran dan integriti pemakanan untuk mereka yang aktif supaya kebaikan Oligo boleh dinikmati di mana sahaja. Oligo mempunyai NutriMax, iaitu sejenis campuran proprietari Oligofruktosa, vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral penting.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root dan Oligo, sila layari www.powerroot.com.my and www.oligo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

KINOHIMITSU MEMPERKENALKAN PRODUK KECANTIKAN BARU - COLLAGEN BEAUTY PRO DAN UV-BRIGHT PRO

PELAN HALA TUJU WARNER MUSIC MALAYSIA DI PERINGKAT SERANTAU, KEJAYAAN ARTIS TEMPATAN BAKAL PACU STRATEGI PENGEMBANGANNYA