FOODPANDA MALAYSIA MENYEMARAKKAN SAMBUTAN AIDILFITRI BAGI RAKAN PENGHANTARAN DI SELURUH NEGARA


Bagi meneruskan semangat memberi sempena Aidilfitri lalu, foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan dan barangan runcit yang terkemuka, mengembangkan lagi inisiatif perayaannya sebagai penghargaan terhadap rakan penghantaran sepanjang musim penuh kemeriahan ini.

Menerusi kempen Household Quest yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada rakan penghantaran cemerlang, seramai 185 rakan penghantar telah menerima kelengkapan rumah yang berjumlah lebih RM300,000, termasuk rangkaian barangan seperti TV Pintar UHD 65 inci, peti sejuk dan set sofa untuk menaik taraf kediaman dan gaya hidup mereka. Rakan penghantaran yang mengekalkan kadar penerimaan pesanan 90% secara konsisten serta kadar ketidakhadiran yang rendah telah layak menyertai kempen tersebut.

Selain itu, foodpanda Malaysia juga melancarkan kempen Gold Bar Quest dari 15 April hingga 6 Mei untuk memberi ganjaran kepada rakan penghantaran aktif yang mempamerkan dedikasi dan prestasi yang luar biasa. Seramai 30 rakan penghantaran yang bertuah akan masing-masing menerima hadiah jongkong emas 2 gram yang berjumlah lebih daripada RM24,600.

Di samping itu, foodpanda juga akan memberi peluang kepada rakan penghantaran dan pasangan mereka untuk memenangi perjalanan umrah pergi balik yang berjumlah lebih RM60,000. Tiga rakan penghantaran yang terbaik akan dipilih berdasarkan kecemerlangan dari segi pemenuhan pesanan, prestasi, dan tempoh perkhidmatan paling lama bersama foodpanda. Kempen ini berlangsung antara 15 April hingga 15 Mei dan terbuka kepada semua rakan penghantar di seluruh negara.

Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata, “Kami berbangga untuk memulakan sambutan yang berskala besar dan pertama seumpama ini untuk komuniti rakan penghantaran kami di Malaysia. Inisiatif ini adalah satu pencapaian dan usaha penting yang melibatkan pelaburan sebanyak RM400,000, sekali gus menonjolkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kami untuk meningkatkan pengalaman untuk rakan penghantar kami.”

“Kami amat menghargai dedikasi dan usaha mereka dalam menjamin penghantaran yang lancar dan tepat waktu kepada pelanggan kami setiap hari. Jadi, musim perayaan ini adalah peluang terbaik untuk menzahirkan penghargaan kami atas ketabahan dan usaha keras mereka. Dari awal Ramadan hingga akhir Syawal, kami telah memulakan beberapa siri program perayaan bagi menyokong dan mempertingkatkan komuniti rakan penghantaran kami dengan tawaran seperti perjalanan Umrah, jongkong emas, peralatan rumah baharu dan pakej penjagaan. Di foodpanda Malaysia, kami komited untuk meraikan komuniti rakan penghantaran kami sepanjang tahun melalui pelbagai inisiatif dengan tumpuan khusus pada tempoh perayaan, sambil meraikan keterangkuman dalam kalangan mereka,” tambah Shubham.

Bagi memulakan sambutan Aidilfitri, seramai 21 rakan penghantar telah menerima bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan rumah sempena Aidilfitri. Rakan penghantar yang memerlukan telah dikenal pasti untuk menerima bakul makananan yang bernilai lebih daripada RM350 setiap satu. Ia merangkumi barangan keperluan seperti minyak masak, mee, kuih Raya, minuman, rempah ratus dan sebagainya.

Secara tradisinya, Aidilfitri disambut dengan pakaian baharu sebagai simbol permulaan baharu. Bersama dengan tradisi ini, foodpanda Malaysia telah memberi ganjaran kepada 140 rakan penghantaran dalam bentuk baju Raya baharu yang bernilai lebih RM300 setiap satu. Inisiatif seluruh negara ini dijayakan dengan kerjasama Jakel, peruncit tekstil terbesar di Malaysia. Menerusi inisiatif ini, komuniti rakan penghantar merentasi tujuh lokasi utama, termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak telah menerima baju Raya baharu untuk diri mereka dan keluarga.

Bagi melanjutkan lagi komitmennya, foodpanda Malaysia telah menganjurkan beberapa siri acara berbuka puasa, menghadiahkan hijab kepada rakan penghantar Muslimah, dan melaksanakan program ‘pemberian tip’ untuk rakan penghantarnya sepanjang bulan Ramadan bagi menyokong komuniti tersebut sambil menonjolkan nilai terasnya.

Menyedari kepentingan sumbangan rakan penghantarnya yang merupakan tulang belakang syarikat, foodpanda Malaysia ingin memastikan mereka berasa dihargai dan berasa mereka adalah sebahagian daripada keluarga panda. Justeru, dalam beberapa bulan bakal datang, foodpanda Malaysia akan memperkenalkan lebih banyak manfaat, ganjaran bonus, dan inisiatif lain yang baharu dan dipertingkatkan bagi menaik taraf pengalaman komuniti rakan penghantarnya.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ECO-GARDEN – PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG LESTARI JENAMA SENDIRI PERTAMANYA

KINOHIMITSU MEMPERKENALKAN PRODUK KECANTIKAN BARU - COLLAGEN BEAUTY PRO DAN UV-BRIGHT PRO