DAPATKAN TANDATANGAN & SESI FOTO EKSKLUSIF ZIANA ZAIN DI SUNGEI WANG PLAZA 21 APRIL INI


Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki cakera padat, poster mahupun majalah sebagai koleksi peribadi.

Meski zaman berubah, ada satu tradisi yang mengeratkan silaturahim secara semula jadi di antara artis dengan peminat iaitu sesi ramah mesra dan mendapatkan tanda tangan secara eksklusif daripada sang idola.

Sehubungan itu, penganjur konsert penyanyi legenda Ziana Zain iaitu Anuar Zain Network & Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse dengan berbesar hati menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif sebagai tanda penghargaan buat peminat bersempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024 ini.

Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan "CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024" nanti.

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat yang telah membeli tiket-tiket Ziana Zain Concert 2024 untuk beramah mesra sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan.

“Dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan akan menambah keghairahan dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke Ziana Zain Concert 2024 pada 25 Mei 2024 ini,” ujar pihak penganjur.

Berikut merupakan syarat dan cara untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session yang berlangsung di Centre Court, Sungei Wang Plaza pukul 3 petang, 21 April 2024.

1) Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

2) Sesi menebus poster atau photo card dibuka bermula pukul 12 tengahari

3) Sesi tandatangan akan dijalankan mengikut sistem siapa cepat mereka dapat.

PERHATIAN; 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas

4) Setelah 200 peminat terawal mendapatkan slot, para peserta yang lewat masih boleh menebus poster yang sudah ditandatangan lebih awal di kaunter (mengikut stok)

Justeru untuk pemegang tiket Ziana Zain Concert 2024 dalam semua kategori jangan sampai terlepas peluang keemasan untuk ikut serta dalam Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

Jadilah 200 peminat tegar paling awal yang akan bertentang mata, bergambar kenangan dan membawa pulang tandatangan eksklusif Ziana Zain sebelum menjamu halwa telinga pada Ziana Zain Concert 2024 di Mega Star Arena, 25 Mei 2024.

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA