NADEERA HARAP PEMINAT DAPAT MENERIMA LAGU BAHARU UDARA


Perjalanan seninya bermula ketika menjadi juara program realiti popular dan dari situ, bintang bernama Nadeera mula bersinar.

Setelah muncul dengan beberapa single dan terbaharu menerusi single ‘Balik Raya’ bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, kini Nadeera tampil kembali menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘UDARA’ hasil ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K juga diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Saya sangat teruja apabila dipilih oleh pihak Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul ‘FRAMED’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei 2024. Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri”, ujar Nadeera.

“Jalan cerita bagi single ‘UDARA’ ini pula mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri ‘FRAMED’.

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu UDARA ini dengan sebaiknya, dan semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya.”

Lagu ‘UDARA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula 22 April 2024.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ECO-GARDEN – PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG LESTARI JENAMA SENDIRI PERTAMANYA

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

KINOHIMITSU MEMPERKENALKAN PRODUK KECANTIKAN BARU - COLLAGEN BEAUTY PRO DAN UV-BRIGHT PRO