Jenama fesyen antarabangsa CERRUTI 1881 membuka lembaran baharu dalam perkembangan jenamanya di Malaysia menerusi pelancaran semula kios berwajah baharu di IOI City Mall, Putrajaya, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di dunia yang memperkenalkan konsep reka bentuk kios baharu ini. Majlis tersebut turut menyaksikan pengenalan koleksi jam tangan Musim Luruh/Sejuk 2026 (FW26) serta kehadiran istimewa pelakon tanah air, Aedy Ashraf. Dari kiri ke kanan: Billy Lim, Pengarah Jenama A.D. Time Sdn. Bhd.; Kwan Junyi, Pengarah Pembangunan Perniagaan A.D. Time Sdn. Bhd.; M.B. Lim, Pengarah Eksekutif Perniagaan A.D. Time Sdn. Bhd.; pelakon tanah air, Aedy Ashraf; Y.Y. Kwan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas A.D. Time Sdn. Bhd.; serta Kenny Lim, Pengarah Pembangunan Produk A.D. Time Sdn. Bhd., pada majlis pelancaran semula kios CERRUTI 1881 bertemakan ‘A New Chapter’ di IOI City Mall, Putrajaya.
Comments
Post a Comment